Sekalung Penghargaan & Terima kasih kepada Dr. Rospidah Ghazali sebagai Ketua Pusat KASES LESTARI

31 Oktober 2025 – Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Rospidah Ghazali di atas jasa dan bakti beliau sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh 1 November 2022 sehingga 31 Oktober 2025. Warga LESTARI amat berbangga dengan segala usaha dan kewibawaan beliau dalam merancang dan menganjurkan pelbagai aktiviti penyelidikan Pusat KASES sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pusat.