The 8th Regional Course on UNESCO Global Geopark: Geopark Networking and Visibility

28 Julai 2025 – “The 8th Regional Course on UNESCO Global Geopark” ialah kursus tahunan anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI, UKM pada 25-28 Julai 2025 bagi edisi ke-8. Tema yang diketengahkan pada kali ini adalah mengenai “Jaringan dan Keterlihatan Geopark”. Kursus empat hari ini menghimpunkan profesional geopark, pasukan geopark, penyelidik, agensi kerajaan, pendidik dan pemimpin komuniti dari seluruh rantau Asia Pasifik. Ia adalah pelantar unik untuk belajar, berkongsi dan membina kerjasama bermakna yang memperkukuhkan gerakan Geopark Global di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Kursus ini amat penting tahun ini kerana ia bertepatan dengan ulang tahun ke-10 pengiktirafan rasmi Geopark Global sebagai program formal sepenuhnya di dalam UNESCO.

Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Ketua PPG selaku Ahli Jawatankuasa Bertindak, turut dijemput sebagai penceramah bagi dua sesi kursus dan fasilitator untuk sesi lawatan lapangan. Antara penceramah utama yang dibariskan dalam kursus ini ialah Prof. Dr. Nikolaos Zouros (Presiden Jaringan Geopark Global), Prof. Dr. Setsuya Nakada (Pengerusi Majlis Geopark Global) dan Prof. Xiaochi Jin (Timbalan Presiden Jaringan Geopark Global dan Penyelaras Jaringan Geopark Asia Pasifik).

Disediakan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad
28 Julai 2025