Wacana KeLESTARIan | Sustainability Discourse: A Seminar by Professor Hugh P. Possingham

wk_PH

Wacana KeLESTARIan | Sustainability Discourse yang pertama telah berjaya dianjurkan pada 5 Februari 2016 yang lalu. Seminar oleh Prof. Hugh P. Possingham (Profesor Ekologi dan Matematik daripada The University of Queensland, Australia) tersebut telah dianjurkan LESTARI dengan kerjasama Australian High Commission Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh Ms. Petronila Maurice, Timbalan Pengarah, Australian Government Department of Education and Training. Seminar dipengerusikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. A. Latiff. Lapan puluh tetamu daripada kalangan rakan-rakan LESTARI lama dan baru hadir memenuhi ruang Bilik Majlis, Canselori termasuk rakan-rakan daripada FRIM, UPM, UiTM, Monash Univ., Nottingham Univ., UCSI, Wetlands International, MIMA, Agensi Inovasi Malaysia, Mahathir Science Award Foundation dan para akademik dan siswazah UKM. Kerjasama dengan PTM UKM telah berjaya menyiarkan seminar ini secara langsung ke Universiti Malaysia Terengganu dan Pusat Penyelidikan Langkawi. Video seminar boleh ditonton di: http://youtu.be/aAk5fb7r4g0

Wacana KeLESTARIan | Sustainability Discourse adalah penjenamaan semula kepada siri seminar LESTARI yang mengetengahkan projek dan aktiviti berteraskan komponen-komponen utama pembangunan lestari iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial dengan pendekatan multi-, inter- dan trans-disiplin. http://www.ukm.my/aldrie/wacana-kelestarian-sustainability-discourse/

Laporan oleh Dr. A. Aldrie Amir.