Ketua Pusat: Prof. Dr. Norhayati Ahmad
Emel: ppg.lestari@ukm.edu.my / norhayatiahmad@ukm.edu.my
Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab untuk membangunkan sumber warisan asli untuk membina keupayaan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negara.
Ketua Pusat: Gs. Dr. Nur Fashareena Muhamad
Emel: seadpri@ukm.edu.my / fasha@ukm.edu.my
Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 sebagai sebuah pusat penyelidikan di bawah struktur pentadbiran Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM. SEADPRI menjalankan penyelidikan yang bersifat holistik berkaitan bencana meliputi skop wilayah yang global bagi membantu kerajaan dalam membuat keputusan dasar mengenai bencana iklim, bencana geologi dan bencana teknologi serta meningkatkan modal insan dan kemampuan tenaga kerja di peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, khususnya Asia Tenggara.
Ketua Pusat: Prof. Ts. Dr. Lee Khai Ern
Emel: lestari@ukm.edu.my / khaiernlee@ukm.edu.my
Pusat ini diwujudkan untuk memfokuskan kepada kajian bersepadu dan transdisiplin berkairan dengan isu kelestarian. Sistem governans yang terdiri daripada polisi, perancangan perundangan dan pengurusan menjadi subjek kajian untuk merealisasikan konsep pembangunan lestari berasaskan input saintifik dan kemanusiaan terutamanya penilaian terhadap perubahan ekosistem fizikal dan kesan aktiviti manusia terhadap ekosistem untuk pengurusan alam sekitar yang lestari.
Ketua Pusat: Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed
Emel: kases.lestari@ukm.edu.my / fariz@ukm.edu.my
Pusat ini ditubuhkan pada 1 Januari 2006 untuk memberikan tumpuan kepada kajian multidisiplin berkenaan kelestarian alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan sosial. Skop kajian pusat ini termasuklah penyelidikan bersepadu dalam integriti alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara lestari serta sistem industri yang menyerlahkan kesejahteraan sosial dan integriti alam sekitar (Kelestarian ekonomi dan industri); dan pembangunan pelbagai komuniti sosial berasaskan konsep kelestarian (kesejahteraan sosial dan komuniti) .