Faculty of Medicine UKM

🔍 Search
Ă—

Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengajurkan Artificial Intelligence in Medical Education Conference (AIMEC) 2025 edisi kedua yang menjadi wadah perkongsian ilmu berteraskan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dalam pendidikan perubatan di peringkat antarabangsa.

Kecerdasan buatan kini menjadi pemangkin perubahan besar dalam landskap pendidikan. Melalui pembelajaran mesin, analitik data dan analisis teks, AI berupaya meningkatkan mutu pengajaran, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih bermakna, serta memperkukuh penyelidikan dan pembangunan pendidikan.
 
Persidangan yang menghimpunkan barisan kepimpinan universiti, ahli akademik, rakan industri, para pensyarah serta pelajar perubatan ini dirasmikan oleh Pro-Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid.
 
Pada majlis ini turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Fakulti Perubatan dengan DGA Healthcare Group, menandakan komitmen strategik dalam inovasi dan transformasi digital perubatan.
 

Selain itu, turut diadakan Penyampaian Anugerah Student Pitching Competition, Edisi Sekolah yang dimenangi oleh Epsom College dan Sekolah Menengah Agama MAIWP.

Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki.

Sumber: FB Universiti Kebangsaan Malaysia