Faculty of Medicine UKM

🔍 Search
Ă—
Fakulti Perubatan UKM dengan bangganya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana mengharumkan nama UKM di UNIMAS Digital Technology Nexus 2025 yang berlangsung pada 1-2 Julai 2025 di Kuching, Sarawak.
 
Tahniah kepada pensyarah Fakulti Perubatan UKM:
  • Prof Madya Dr Noor Akmal Shareela Ismail
    Penolong Dekan (Pengajaran & Citra)
    Jabatan Biokimia
  • Dr Ahmad Hathim Ahmad Azman
    Jabatan Pendidikan Perubatan
Membawa dua inovasi:
  1. Beyond the Bedside: A Digital Transformation of Clinical Skills Training through Virtual Patients
    • Anugerah Khas dalam kategori Digital Transformation yang membawa pulang hadiah bernilai RM300
    • Pemenang Keseluruhan (Anugerah Khas Naib Canselor) dengan hadiah tambahan sebanyak RM500.
  2. Medical Education Dashboard with Artificial Intelligence
    • Pingat Emas dalam kategori Digital Education.
 
Kejayaan ini membuktikan komitmen pensyarah Fakulti Perubatan UKM dalam menerajui inovasi pendidikan perubatan digital di peringkat kebangsaan. Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada warga fakulti dan seluruh komuniti akademik.
 
Sumber: Fakulti Perubatan UKM