








Program AI-MED@UKM Level 1 telah berjaya dilaksanakan selama 1½ hari (4–5 Jun 2026) hasil kolaborasi strategik antara Fakulti Perubatan UKM dan DGA Healthcare Group (Digital A Plus Healthcare).
Program ini menghimpunkan pensyarah, pakar klinikal dan penyelidik Fakulti Perubatan UKM untuk meneroka asas kecerdasan buatan (AI), aplikasi dalam penjagaan kesihatan, pendidikan perubatan dan penyelidikan, di samping memahami aspek etika, tadbir urus dan pelaksanaan AI yang semakin penting dalam era transformasi digital.
Kami amat berbesar hati menerima perkongsian ilmu daripada dua tokoh AI yang berpengalaman. Prof. Phaneendra K. Yalavarthy, Profesor dari Indian Institute of Science (IISc), Bangalore dan Ketua TANUH – AI Centre of Excellence in Healthcare, yang telah berkongsi perkembangan terkini berkaitan aplikasi AI dalam pengimejan perubatan dan penjagaan kesihatan. Turut bersama ialah Prof. Dr. Aini Suzana Ariffin, Pengarah AI Policy, Strategy, Governance & Ethics, IIRAI Ventures Sdn. Bhd., yang berkongsi perspektif mengenai tadbir urus, etika dan polisi berkaitan AI.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak DGA Healthcare Group, khususnya Dr. Sylvia Hii dan pasukan, para penceramah serta semua peserta yang telah menjayakan program ini.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem AI yang lebih inovatif, beretika dan berimpak dalam bidang perubatan dan kesihatan.