Muzium Sejarah Alam

Muzium Sejarah Alam (MSA) merupakan satu pusat koleksi atau repositori yang menyimpan, mengurus, dan menjaga khazanah alam negara termasuk biodiversiti dan batuan. 

Oleh itu, MSA mempunyai peranan yang besar terhadap negara dan masyarakat terutama untuk menyampaikan maklumat tentang kepelbagaian biologi, dan geologi kepada masyarakat selain terlibat secara langsung dalam penyelidikan berkaitan. 

Walaubagaimanapun, dengan pertambahan teknologi digital, ditambah lagi dengan krisis kesihatan awam, peranan MSA kian tenggelam. Selain itu, kesedaran masyarakat juga semakin merosot tentang kepentingan pusat repositori atau muzium sejarah alam. 

 

Natijahnya, khazanah berharga ini hanya tersimpan di pusat-pusat koleksi tanpa memberi impak kepada masyarakat dan negara. Lebih membimbangkan, kos penyelenggaraan muzium terus berjalan namun, sumbangannya kepada masyarakat kian merosot. 

Universiti Kebangsaan Malaysia, di bawah Fakulti Sains dan Teknologi (FST) turut bertanggungjawab dalam menguruskan pusat-pusat repositori yang kini telah dirangkumkan di bawah entiti yang lebih besar iaitu Muzium Sejarah Alam, UKM. MSA memayungi sebanyak enam pusat repositori yang masing-masing menyimpan koleksi yang berlainan. Pusat- pusat yang terlibat adalah: