3 Februari 2017 – 14 Februari 2017 – Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan

Projek The Malaysian Cohort sedang menjalankan Pengumpulan Data Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan Tanjung, Rantau Agro Park pada 3-14 Februari 2017.

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Mac 2012 (5 tahun lalu) melibatkan 542 peserta dari kalangan warga Rantau, Negeri Sembilan.

Kami menjemput para peserta yang sama juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

  1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
  2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
  3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)

Tempoh masa keseluruhan ialah 3-4 jam. Peserta akan susul dan menjalani proses yang sama setiap 5 tahun. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.

Peta Lokasi: