10 April 2017 – 16 April 2017 – Dewan Taman Seri Seratus, Kuala Besut, Terengganu

Projek The Malaysian Cohort sedang menjalankan Pengumpulan Data Kesihatan (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Dewan Taman Seri Seratus, Kuala Besut, Terengganu (tepi Jln Kuala Besut, berhadapan Sek.Men. Keb. Kuala Besut, 500m sebelum Klinik  Kesihatan K.Besut) pada 10-16 April 2017.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Jun 2012 (5 tahun lalu) melibatkan lebih 531 peserta dari kalangan warga Kuala Besut, Terengganu.

Kami menjemput para peserta yang sama juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)

Tempoh masa keseluruhan ialah 3-4 jam. Peserta akan susul dan menjalani proses yang sama setiap 5 tahun. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.