The Malaysian Cohort

Maklumat Am

Projek The Malaysian Cohort merupakan projek penyelidikan kesihatan jangka panjang (prospektif) yang mengaplikasikan pendekatan kajian kohort (kajian populasi). Projek diluluskan dikabinet pada tahun 2005 dan mula dilaksanakan pada tahun 2006 melibatkan lebih 60 penyelidik pelbagai disiplin dari 10 IPTA/IPS. Projek ini ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (RMK9-10) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (RMK11) dan dilaksanakan oleh Institut Perubatan Molekul, UKM.

Projek telah berjaya membangunkan sebuah Bank Biospesimen serta sebuah pangkalan data kesihatan yang komprehensif bagi tujuan penyelidikan. Proses pengumpulan sampel dan maklumat kesihatan ini dilaksanakan semasa Fasa Rekrutmen Peserta (2006-2012) dan telah meberjaya merekrut seramai 100,000 peserta dari seluruh Malaysia dan kini dalam Fasa Susulan (2013- kini) dan telah berjaya mendapatkan sampel dan maklumat kesihatan dari lebih 30,000 peserta dari kohort yang sama.

Penyertaan peserta baru masih dibuka. Kepada warga negara Malaysia yang berminat menjadi peserta projek dan seterusnya menjalani saringan kesihatan secara percuma boleh hubungi 1800882007.

Translate »