1- 5 APRIL 2018- BANGUNAN GPW, KOMPLEKS FELDA UMAS, SABAH.

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 1- 5 APRIL 2018- BANGUNAN GPW, KOMPLEKS FELDA UMAS, SABAH.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Nov.2010-Feb.2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 473 peserta dari kalangan masyarakat FELDA Umas, Tawau.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)