15-19 APRIL 2018- DEWAN SEMAI BAKTI DESA KENCANA, FELDA SAHABAT, SABAH

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) pada 15-19 APRIL 2018- DEWAN SEMAI BAKTI DESA KENCANA, FELDA SAHABAT, SABAH.

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Nov.2010-Feb.2011 (7 tahun lalu) melibatkan lebih 631 peserta dari kalangan masyarakat Gugusan Felda Sahabat 1-4.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)