17 April 2017 – 25 April 2017 – PETRONAS – ECRO, Kerteh, Terengganu

Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) akan menjalankan Projek Penyelidikan Kebangsaan-The Malaysian Cohort (Pemeriksaan Kesihatan Percuma) di Bilik Kelab Sukan & Rekreasi Petronas (Tingkat 3), PETRONAS East Coast Regional Office Complex (ECRO), Jalan Rantau Petronas Bukit 35, 24300 Kerteh, Terengganu pada 17 April – 25 April 2017 (7 hari).

Lokasi:

Pihak projek telah membuat program yang sama di sini pada Julai 2012 (5 tahun lalu) melibatkan lebih 558 peserta dari kalangan warga warga ECRO dan orang awam di Kerteh.

Kami menjemput para peserta yang sama, juga peserta baru untuk menjalani saringan kesihatan yang ditawarkan. Warga negara Malaysia berusia 35-65 tahun dipelawa menjadi sukarelawan dalam menyertai projek kebangsaan ini. Anda akan menjalani:

  1. UJIAN DARAH & URIN (Glukosa,Lipid/Kolestrol, Kiraan Darah Penuh, HbA1c,Fungsi Buah Pinggang)
  2. UJIAN BIOFIZIKAL (Tekanan Darah, BMI, Analisis Komposisi badan).
  3. SESI SOAL SELIDIK (sejarah kesihatan & rawatan, sejarah tempat tinggal, pekerjaan, diet)

Tempoh masa keseluruhan ialah 3 jam. Peserta akan disusul setiap 5 tahun dan menjalani proses yang sama. Hubungi kami di talian 1 800 88 2007 untuk pendaftaran.