Jawatan Kosong di Projek The Malaysian Cohort (Kemasukan Segera)
Minat dengan dunia penyelidikan, kerja teknikal, kerja makmal dan kemasyarakatan? Inilah peluang anda untuk membina pengalaman dan pendedahan sebenar selepas tamat sekolah atau graduasi !
Projek The Malaysian Cohort (TMC) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan. Kami menjemput anda warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun yang berminat, berdisiplin dan bersemangat tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
| Jawatan | : | a) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 b)Pembantu Penyelidik Q1 |
| Taraf Jawatan | : | Kontrak |
| Tarikh Iklan | : | 9 April 2026 (Kemasukan Segera) |
SYARAT LANTIKAN :
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan : RM1,500.00);atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan : RM1,500.00);atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM1,561.00 ; atau - SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM1,622.00); dan - Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DEKSRIPSI TUGAS :
a) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N1, KONTRAK
- Menjalankan tugas perkeranian am (menaip surat, laporan dan minit mesyuarat serta menguruskan emel masuk/ keluar)
- Menjalankan tugas berkaitan pengurusan fail dan rekod (membuka, merekod, mengemas kini, dan menutup fail serta mengurus surat-menyurat harian).
- Khidmat pelanggan (mengendalikan panggilan telefon, mengatur temu janji dan menerima pelawat serta melayan pertanyaan pelanggan).
- Menguruskan perolehan, bayaran bil, tuntutan dan hal kewangan lain yang berkaitan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.
b) PEMBANTU PENYELIDIK Q1, KONTRAK
Membantu pelaksanaan aktiviti penyelidikan mengikut projek yang ditetapkan seperti :
- Mengumpul dan merekod data penyelidikan/ kesihatan,atau
- Pengumpulan dan pemprosesan sampel biologi (seperti darah dan air kencing),atau
- Menjalankan kerja-kerja makmal dan pengendalian peralatan berkaitan,atau
- Membantu dalam proses penyimpanan dan pengeluaran sampel biologi,atau
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON :
Calon yang berminat, sila isi permohonan di link berikut : https://forms.gle/b9HBdrH2jcpM6FrA6
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temu duga. Sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian 03-91710415/ 91459110 atau melalui e-mel rekrut_tmc@ukm.edu.my
Skip to PDF content