Jawatan Kosong: Pembantu Penyelidik Q19

Projek The Malaysian Cohort merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet. Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira bangsa yang berumur 18 tahun dan ke atas berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan : PEMBANTU PENYELIDIK Q19
Taraf Jawatan : Kontrak
Tarikh Iklan : 22 April 2024 hingga 1 Mei 2024

Syarat-syarat :

  1. Kelayakan minimum adalah SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, DAN
  2. Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji pokok : RM1, 355.00)

Syarat Tambahan :

  1. Calon daripada aliran sains atau mempunyai subjek sains semasa belajar atau mempunyai pengalaman kerja makmal sangat digalakkan untuk memohon.
  2. Calon lelaki yang mempunyai lesen memandu kelas D amat digalakkan untuk memohon.
  3. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  4. Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan tanpa/ di bawah pengawasan yang minimum.
  5. Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.
  6. Bersedia untuk bekerja di lapangan / luar bandar sekiranya diperlukan.

Ringkasan Tugas:

  1. Membantu dalam proses pengumpulan data kesihatan.
  2. Membantu dalam proses pengumpulan dan pemprosesan sampel biologi (seperti darah dan air kencing).
  3. Membantu dalam proses penyimpanan dan pengeluaran sampel biologi.
  4. Menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa.

Calon yang berminat dan berkelayakan, sila hantarkan resume terkini berserta salinan akademik anda ke alamat emel ini:

rekrut_tmc@ukm.edu.my

Sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh akhir iklan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami 03-91710415/ talian bebas tol 1-800-88-2007)