Majlis Penghargaan : Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Key Personnel bagi Makmal Akreditasi MS ISO 15189

Majlis Penghargaan : Profesor Madya Dr. Hanita Othman, Key Personnel bagi Makmal Akreditasi MS ISO 15189, Projek TMC, UMBI
25 Jun 2025 (Rabu) – Pihak Pengurusan Projek The Malaysian Cohort (TMC) telah mengadakan majlis penghargaan kepada Profesor Madya Dr. Hanita Othman atas sumbangan dan khidmat bakti sebagai Pakar Patologi Pelawat (Patologi Kimia) dan Approved Signatory (Nilai Kritikal – Patologi Kimia) bagi Makmal Akreditasi MS ISO 15189, Projek TMC, UMBI.
Sepanjang tempoh pelantikan dari tahun 2009 sehingga Mei 2025, beliau banyak membantu dalam memastikan pematuhan kepada standard akreditasi dan memperkukuh sistem pengurusan kualiti. Komitmen beliau dalam memberi panduan teknikal khususnya amat bernilai sehingga Makmal Bioanalitikal kami berjaya memperolehi Sijil Akreditasi Makmal MS ISO 15189 pada tahun 2011 dan masih mengekalkan pensijilan sehingga kini.
Seluruh warga TMC mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Hanita Othman. Selamat maju jaya dan semoga hubungan baik ini berkekalan serta memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
