Program Audit Dalaman MS ISO 15189:2022 Tahun 2025

Program Audit Dalaman MS ISO 15189:2022 Tahun 2025

Pada 15 hingga 16 Oktober 2025 telah berlangsung program audit dalaman MS ISO 15189:2022 oleh pasukan audit dalaman yang telah dilantik berdasarkan kelayakan dan pengalaman. Audit ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat TMC, Aras 7, UMBI bermula jam 9.00 pagi hingga 4.45 petang dan turut melibatkan lawatan ke Makmal Bionalitikal, Projek TMC (skop Hematologi dan Patologi Kimia) di Aras 6, UMBI.

Pasukan audit dalaman terdiri daripada 3 orang panel ini diketuai oleh Puan Musilawati Muhajir daripada Unit Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (Hospital TABTAR) dan dua penilai teknikal iaitu Puan Nur Izyan Othman daripada Unit Hemostasis Khusus, JPMD, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) serta Puan Malisa Yusoff daripada Unit Hematologi, JPMD, Hospital TABTAR. Turut hadir ialah Cik Nurul Nadia Hamdan daripada Unit Patologi Kimia, JPMD, Hospital TABTAR yang bertindak sebagai pemerhati.

Mesyuarat penutup telah dipengerusikan oleh Ketua Projek TMC, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal. Secara keseluruhannya, program lawatan audit selama 2 hari ini telah berjalan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memberikan gambaran menyeluruh tentang status semasa sistem pengurusan kualiti di dalam projek TMC, malah turut memberikan panduan untuk penambahbaikan berterusan. Semoga dengan hasil penemuan ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan yang telah dibentangkan ini menyuntik semangat warga TMC untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makmal perubatan.