Program Lawatan Audit (Surveillance I Assessment cum Transition for MS ISO 15189:2022) Oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)

Program Lawatan Audit (Surveillance I Assessment cum Transition for MS ISO 15189:2022) Oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM)

Pada 3 hingga 5 Februari 2025 telah berlangsung Audit Pemantauan (penilaian ke arah pensijilan versi baharu MS ISO 15189:2022) oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM). Audit ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat TMC, Aras 7, UMBI bermula jam 9.00 pagi hingga 4.45 petang dan turut melibatkan lawatan ke Makmal Bionalitikal, Projek TMC (skop Hematologi dan Patologi Kimia) di Aras 6.

Program pembukaan telah dipengerusikan oleh Ketua Projek TMC, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal. Pasukan penilai diketuai oleh Puan Ng Pui Wan (pesara Kerajaan dari Institut Kimia Malaysia) dan turut dihadiri oleh 2 penilai teknikal iaitu Puan Low Yoke Lee (Pakar Patologi Kimia dari Premier Integrated Labs. Sdn. Bhd.) dan Encik Yusuf Mohd Johari (Pakar Hematologi dari Kementerian Kesihatan Malaysia).

Secara keseluruhannya, program lawatan audit selama 3 hari ini telah berjalan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja memberikan gambaran menyeluruh tentang status semasa sistem pengurusan kualiti di dalam projek TMC, malah turut memberikan panduan untuk penambahbaikan berterusan. Semoga dengan hasil penemuan ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan yang telah dibentangkan ini menyuntik semangat warga TMC untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan perkhidmatan makmal perubatan.