UMBI terima pengiktirafan di 6th Business Excellence Awards anjuran British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC)

Tahniah kepada UKM & UMBI kerana menerima tempat ke-3 Anugerah British Malaysian Chamber Of Commerce (BMCC) Partnership of the Year 2025!

Anugerah ini adalah anugerah kali kedua diterima UMBI selepas memenangi tempat ke-2 dalam kategori yang sama pada 2024.

Projek ini bertujuan untuk menilai komposisi badan dalam 6,000 individu menggunakan dwi-tenaga X-ray absorptiometry (DXA) dan mengkaji kaitannya dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular (CVD). MRI juga dilakukan terhadap 100 peserta. Rumusan dapatan kajian adalah:

✅️ Komposisi badan bagi penduduk berbilang kaum di Malaysia adalah berbeza dan ini menyumbang kepada peningkatan risiko untuk mendapat penyakit NCD lain seperti diabetes dan penyakit jantung.
✅️ Keputusan MRI dan DXA adalah sama dalam menilai komposisi badan

IMPAK PENYELIDIKAN, AKADEMIK, & PEMBANGUNAN MANUSIA

1) Penyelidikan imejan pertama dan terbesar di SEA & Malaysia (DXA & MRI) & analisis data raya yang besar
2) Pelantikan Prof Sarah Lewington, NDPH, University of Oxford sebagai Profesor Kehormat
3) Penempatan pelajar MSc University of Oxford di UMBI & 1 pelajar PhD di UMBI
4) Pembangunan/ latihan analitik data raya di UMBI
5) Penerbitan: 3 telah diterbitkan, 4 akan diterbitkan
Anugerah ini didedikasikan kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan kerjasama ini terutamanya pihak UKM, CRIM, penyelidik bersama daripada UMBI, Fakulti Perubatan UKM dan Nuffield Department of Population Health, University of Oxford. Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT dan MRC di atas dana ‘UK-Malaysia Partnership for Non-Communicable Disease’ (My-PAIR), peserta TMC, MyCRO Sdn Bhd dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini. Terima kasih semua!
Pautan bekaitan:
1. UKM terajui kajian obesiti, penyakit tidak berjangkit bersama University of Oxford
2. UMBI terima pengiktirafan di 5th Business Excellence Awards anjuran BMCC
SDG 3 | SDG 17
Keywords: Diseases, Health, Global partnership, Knowledge sharing