Kejuruteraan Bioperubatan

PENGENALAN

Kumpulan penyelidikan ini telah ditubuhkan secara tidak rasminya pada tahun 1998 berbekalkan dana yang sedia ada bagi projek berkaitan kejuruteraan bioperubatan (BME) dan pengenalan kakitangan tambahan di dalam bidang penyelidikan yang sama. Berikutan penubuhan UKM sebagai universiti penyelidikan pada tahun 2007, kumpulan berkenaan telah diletakkan di bawah kelompok Kejuruteraan Bahan Termaju daripada Nic Nanoteknologi dan Bahan Termaju. Pada tahun 2008, kluster Kejuruteraan Bioperubatan (BME) telah ditubuhkan di bawah Nic Teknologi  Kesihatan dan Perubatan. Kumpulan BME yang asal telah diubah kepada Kumpulan Penyelidikan Peranti Perubatan di bawah kelompok BME yang baru. Kumpulan lain kemudiannya dibentuk di bawah kelompok BME dan dinamakan sebagai Kumpulan Penyelidikan Biomekanik dan Bahan untuk Aplikasi Perubatan. Ahli-ahli bagi kelompok ini mempunyai latar belakang sains, kejuruteraan dan perubatan. Hal ini membolehkan penggubalan projek-projek bersama bagi penciptaan alat-alat perubatan dan biomekanik. Peralatan-peralatan ini direka berdasarkan potensinya yang mudah dan berguna untuk diaplikasikan di dalam bidang perubatan. Oleh itu, penekanan yang diberi adalah pada pemantauan yang tidak invasif serta peralatan mudah alih.

Aktiviti utama:

  • Pemantauan Kadar Jantung Janin menggunakan Electrocardiogram (ECG) dan Photoplethysmogram (PPG)
  • Instrumentasi berdasarkan isyarat PPG
  • Permodelan Sistem Kardiovaskular menggunakan isyarat PPG
  • Sistem Saringan Pendengaran yang interaktif dan automatik
  • BRIM Pelvic Binder Refinement
  • Smartbags

Dua daripada projek ini telah dipilih untuk Program Pengkomersilan Lab2Market (L2M), diketuai oleh TiE Malaysia yang berkolaborasi dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Cradle Fund Sdn Bhd, Taman Teknologi Malaysia dan PEMANDU, iaitu:

  • NIVAR; Alat Saringan untuk Pengurusan dan Penilaian Risiko Vaskular – L2M II/A/4
  • Sistem Pengesanan Optik Kadar Jantung Janin – L2M II/A/2

KUMPULAN PENYELIDIKAN

 a) Biomekanik dan Bahan untuk Aplikasi Perubatan
Ketua Kumpulan: Dr-Ing Nik Abdullah Nik Mohamed

Ahli :
•    Profesor Dr-Ing. Nik Abdullah Nik Mohamed
•    Profesor Dr. Ismail Mohd. Saiboon
•    Profesor Dr. Mohd. Alauddin Bin Mohd. Ali
•    Profesor Dr. Shahrum Bin Abdullah
•    Profesor Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan
•    Dr. Azmin Sham Rambely
•    Dr. Ewaleed Awad Khidir
•    Dr. Mohd Johar Bin Jaafar
•    Dr. Gan Kok Beng
•    Dr. Kalaivani Chellappan
•    Dr. Rokiah @ Rozita
•    En. Bala Krishnan A/L R. Muniandy

b) Peranti Perubatan

Ketua Kumpulan : Profesor Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali

Ahli :
•    Profesor Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali
•    Profesor Dr. Muhamad Abd Jamil Yassin
•    Profesor Dr. Mamun Ibne Reaz
•    Profesor Dr. Mohd Syuhaimi Abdul Rahman
•    Profesor Madya Dr. Suhaila Ahmad
•    Profesor Madya Dr. Oteh Maskon
•    Profesor Madya Dr. Cila Umat
•    Profesor Madya Dr. Edmond Zahedi
•    Dr. Gan Kok Beng
•    Dr. Kalaivani Chellappan
•    Dr. Ashrani Aizuddin Abd Rahni
•    Dr. Nazrul Anuar Nayan
•    Dr. Ahmad Ashrif A. Bakar