Mengembangkan dan memantapkan kumpulan penyelidikan di bawah setiap kelompok penyelidikan seterusnya membangunkan nic khusus yang akan mengukuhkan status UKM sebagai universiti penyelidikan.
Menggalakkan kerjasama penyelidikan pelbagai disiplin.
Mengukuhkan kelompok penyelidikan melalui perancangan strategik jangka panjang, serta untuk memastikan penyelidikan yang relevan dan terkini.
Membangunkan kerjasama dan rangkaian penyelidikan dengan institusi tempatan dan antarabangsa.
Melahirkan modal insan kelas pertama dalam penyelidikan melalui latihan dan pembangunan profesional.
Memupuk budaya penyelidikan dengan mengfokuskan kepada menyediakan solusi bagi masalah tempatan dan global di dalam bidang perubatan serta penjagaan kesihatan.