Events
Creative Novice Coder

Calling All Aspiring Game Developers, Young Innovators and Programming Enthusiasts
Step into the world of novice programming and let your imagination soar as you create captivating games that bring joy and excitement to players of all ages. This program is your chance to showcase your talent and make your mark in the game development industry. Whether you’re a beginner or an experienced programmer, this program will make it easy for anyone to get started and build amazing games.
GRAB THIS CHANCE TO SHOWCASE YOUR TALENT AND MAKE YOUR MARK IN THE GAME DEVELOPMENT INDUSTRY!
WHO SHOULD PARTICIPATE IN THIS PROGRAM?
Secondary school students (13 to 16 years old)
Enthusiatists with the idea of develop their own game
The stage is set, and the spotlight is on you. Let’s revolutionize the world of game development together! Are you up for the challenge? GET READY TO CODE, CREATE, AND CONQUER!
Register now and be part of the final competition of the Creative Novice Coder Cup which will take place in January 2024!
For more details, you can refer to our website: https://www.ukm.my/pkas/creativenovicecoder
For further inquiries, please refer to the program secretariat:
+6013-4231635/+6011-53645112 (WhatsApp)
Program Cuti Sekolah Hujung Tahun 2022
(Year-end School Holiday Programmes 2022)
Penganjur Utama:
Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM
Dengan Kerjasama:
Penganjur Bersama:
PDKK, PDPC, JKEES, JKA, JKMP, JPK, CRYsTaL@UKM, iG-Home, PKAS

Pengaturcaraan Python
Dalam bengkel ini, pelajar akan mempelajari asas pengaturcaraan Python. Pelajar akan diperkenalkan dengan konsep dan sintaks pengaturcaraan Python melalui aktiviti seperti lakaran, pembinaan GUI, dan projek mini untuk membantu melibatkan pelajar dengan aktiviti yang mencabar dan pada masa yang sama menyeronokkan. Buku ‘Seronoknya Belajar Python’ akan diberikan kepada pelajar untuk dibawa pulang.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Mind Mastery
Peserta akan mempelajari (1) kaedah menanggani stress, (2) membina goal setting (impian) dan (3) teknik belajar berkesan menggunakan teknologi minda terkini seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP), Neuro-Semantics dan Grafologi.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Funtastic Inno-STEM
Peserta akan didedahkan tentang penggunaan realiti terimbuh (virtual reality) dalam modul pembelajaran STEM. Ia meliputi (1) modul pembelajaran interaktif menggunakan subjek Matematik Tahun 5 iaitu tajuk “Ruang”, dan (2) modul realiti terimbuh berkaitan isu alam sekitar dan perubahan iklim. Peserta akan menggunakan komputer yang telah disediakan. Peserta digalakkan membawa iPad dan/atau telefon bimbit bagi tujuan aktiviti. Perisian “Eon-XR” yang interaktif akan digunakan bagi menambah kefahaman pelajar dalam subjek tersebut.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Circuit Exploration Journey
This workshop aims to introduce the basics of circuit making among upper primary school students in preparation for RBT. The workshop activitives include the following: 1) Morning Session 1 – Know Your Circuit Components 2) Morning Session 2 – Make Your First Circuit 3) Afternoon Session 1 – Test Your Circuit 4) Afternoon Session 2 – Modify Your Circuit Learning Outcome: 1) Able to understand serial and parallel circuits 2) Able to troubleshoot error in circuit 3) Able to modify circuit to increase brightness.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Klinik Kayuh
Memberi pendedahan tentang ‘bike-fitting‘ (elemen ergonomik) dan penyelenggaran basikal (teknikal). Disarankan setiap peserta membawa basikal masing-masing sekiranya ada. Memberi tips/demonstrasi tentang keselamatan berkayuh di jalan raya dan off-road (dari segi pakaian, kayuhan dan persediaan). Topik-topik hangat: Pemakanan & Pakaian berbasikal, Penyelenggaraan dan ‘fitting’ basikal, Keselamatan berbasikal dan banyak lagi. Setiap pendaftaran akan menerima musette menarik.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my


Mikropengawal Arduino
Peserta akan mempelajari tentang perkakasan dan perisian teknologi mikropengawal Arduino. Teknologi ini membolehkan para peserta mempelajari ilmu asas bagi membina aplikasi automasi dan robotik. Teknik pengaturcaraan Arduino, penggunaan sensor dan kawalan peranti seperti motor DC, paparan LCD dan lain-lain akan diterapkan secara pembelajaran berasaskan pengalaman. Kit asas Arduino akan diberikan kepada setiap peserta untuk dibawa pulang.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

i-Sihat
Demonstrasi amalan penjagaan kesihatan diri menggunakan konsep ‘Ergonomik’ melalui pergerakan postur badan, penjagaan mata, dan telinga di kalangan kanak-kanak/remaja. Seterusnya, eksplorasi dalam kumpulan dilakukan menggunakan telefon pintar dan/atau aplikasi mudah alih yang dikaitkan dengan ‘sains, teknologi dan kejuruteraan’. Digalakkan setiap peserta atau wakil kumpulan membawa telefon pintar dan memakai seluar dan tshirt ‘track suit‘.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Inovasi Rumah Lestari
Program Cuti Sekolah “iG-Home : Inovasi Rumah Lestari” ini terdiri daripada 5 sub-program iaitu (1) Jom Uruskan Sisa (2) Jom Kompos Sisa (3) Jom jimat air (4) Jom hijaukan rumah dan (5) Jom jimat tenaga. Program ini datang bersama PAKEJ iaitu,
- Setiap program PERCUMA SATU eMODUL (teori & AKTIVITI individu, berkumpulan, projek di rumah).
- Daftar TIGA (3) program PERCUMA SATU (1) program, atau
- Daftar TIGA (3) peserta PERCUMA SATU (1) peserta.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
https://forms.gle/DYPUwJoTPDXfWv948
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

Pengaturcaraan Scratch
Peserta akan didedahkan kepada teknik pengaturcaraan mudah menggunakan perisian Scratch. Pembelajaran pengaturcaraan lebih menarik dengan membangunkan permainan interaktif, animasi mudah dan not muzik. Jom serlahkan kreativiti anda dalam dunia digital melalui Scratch. Buku ‘Seronoknya Belajar Scratch’ akan diberikan kepada peserta untuk dibawa pulang.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my

i-Robot: Meneroka Teknologi Robot Autonomi
Bengkel i-Robot dirancang khas untuk murid-murid sekolah rendah yang berminat dalam pembelajaran teknologi robotik. Bengkel yang bertemakan “Bas Berautonomi untuk Bandar Pintar’ ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk mewujudkan pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Para peserta akan mempelajari perkakasan dan perisian interaktif yang boleh digunakan untuk membina robot autonomi (autonomous) merangkumi sensor penjejak jalan, kawalan motor DC dan pengaturcaraan pengawal Arduino. Di akhir bengkel ini, peserta akan menguji robot di atas litar mini yang disediakan.
Untuk pendaftaran, klik pautan di bawah:
Makanan dan minuman disediakan. Sijil penyertaaan diberikan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Farizah Ansarudin/Cik Malini Ali di talian 03-89272433 / 2435 atau emel ke kp3k@ukm.edu.my / malini@ukm.edu.my
Peta Lokasi

Terma dan syarat
- Program cuti sekolah ini (“Program”) dianjur oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (“Penganjur”) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia mengikut had-had umur yang ditetapkan (“Peserta”).
- Dengan menyertai program ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma-terma, syarat-syarat dan notis privasi yang dinyatakan di sini.
- Peserta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Program.
- Peserta bersetuju tidak akan menuntut, menggunakan atau mengeksploitasi penyertaan tersebut bagi sebarang tujuan dengan apa-apa cara pada bila-bila masa.
- Peserta bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau video-video peserta dan/atau para pemenang sebagai bahan untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, pengiklanan dan/atau publisiti tanpa memberi bayaran atau notis terlebih dahulu dan seterusnya bersetuju bahawa dengan menyertai Program ini, peserta dan/atau para pemenang mengenepikan semua hak yang berkaitan dengan video/sebarang muatan yang mereka telah sertakan untuk Program ini. Peserta tidak berhak untuk menuntut pemilikan atau lain-lain bentuk pampasan terhadap bahan-bahan tersebut.
- Penganjur menafikan sebarang dan semua liabiliti yang timbul daripada Program ini dan tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan atas sebarang kehilangan (termasuk tanpa had, kehilangan tidak langsung, khas atau akibat atau kehilangan keuntungan), perbelanjaan, kerosakan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami (sama ada yang timbul daripada mana-mana kecuaian orang atau tidak) yang timbul daripada sebarang penyertaan peserta dalam Program ini, penebusan dan/atau penggunaan hadiah, kecuali bagi sebarang liabiliti yang tidak boleh dikecualikan daripada undang-undang (yang mana liabiliti tersebut adalah terhad kepada jumlah minima yang dibenarkan oleh undang-undang).
- Penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat ini dimana perlu atas sebab undang-undang, teknikal atau komersil dan sebarang pindaan yang sedemikian akan berkuatkuasa apabila dipaparkan di laman web Program. Sila semak terma dan syarat ini setiap masa untuk melihat jika terdapat sebarang perubahan.
- Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan Program ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Program tidak boleh dijalankan seperti yang dirancang, diganggu secara teknikal atau dirosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jangkitan oleh virus komputer, pepijat, diusik, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal, atau apa-apa sebab di luar kawalan Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Penganjur.
- Sebarang terma dan syarat yang terpakai untuk Program ini yang menyalahi undang-undang, dilarang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah sebarang undang-undang atau peraturan, akan tidak lagi terpakai (tanpa menjejaskan kesahihan peruntukan yang lain).
- Terma dan syarat yang ditetapkan untuk Program ini adalah ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.