BENGKEL & MESYUARAT PEMURNIAN KRITERIA ANUGERAH MAPIM-KPT
Anugerah MAPIM-KPT diwujudkan sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan dalam bidang penerbitan ilmiah oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Anugerah ini mencerminkan usaha berterusan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengangkat martabat penerbitan akademik tempatan ke peringkat antarabangsa.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan penerbitan karya-karya ilmiah yang berkualiti tinggi, beretika dan memberi impak signifikan kepada pembangunan ilmu pengetahuan, masyarakat, serta negara. Ia juga memberi penghargaan kepada pengarang, editor, penerbit universiti dan tokoh yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekosistem penerbitan ilmiah negara.
Melalui penganugerahan ini, MAPIM dan KPT berharap dapat memupuk budaya penulisan, penerbitan dan penyelidikan yang progresif dalam kalangan warga akademik serta mengiktiraf peranan penting penerbitan ilmiah dalam menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan tinggi global.
BENGKEL & MESYUARAT PEMURNIAN KRITERIA ANUGERAH MAPIM-KPT
HEBAHAN ANUGERAH MAPIM-KPT
TARIKH TUTUP PENCALONAN & PENGHANTARAN
SEBELUM 5.00 PETANG
PENGAMBILAN BAHAN PENCALONAN
PENILAIAN PANEL KATEGORI & PAKAR BIDANG
LAPORAN PANEL KEPADA JK PEMILIH
MESYUARAT JK PEMILIH ANUGERAH
SURAT PEMBERITAHUAN PEMENANG
MAJLIS ANUGERAH MAPIM-KPT KE-16
Senario penerbitan ilmiah dalam kalangan ahli MAPIM telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terutamanya pada beberapa tahun mutakhir. Peningkatan kematangan penerbit ilmiah sedia ada serta penubuhan penerbit-penerbit baru menjadi antara faktor penyumbang senario ini. Selain daripada itu, pelbagai pendekatan, galakan dan insentif yang cuba diterapkan oleh pihak pengurusan institusi pendidikan dan penyelidikan terhadap bidang penulisan telah membentuk gelombang kesedaran dan suntikan minat para ahli akademik dan penyelidik untuk menambah giat usaha penerbitan.
Bagi memastikan kerancakan ini berterusan, MAPIM sebagai sebuah badan yang menaungi penerbit-penerbit ilmiah di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengambil inisiatif untuk mengiktiraf dan menghargai usaha para ilmuwan dan karyawan dalam kalangan ahli MAPIM dengan menganjurkan Anugerah MAPIM ini. Bersempena penganjuran pertama Majlis Anugerah MAPIM 2007 yang telah diadakan pada 21 Februari 2008 bertempat di Putrajaya, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), pada ketika itu telah menegaskan agar Anugerah MAPIM ini perlu dianjurkan setiap tahun. Kini, Anugerah MAPIM telah diiktiraf sebagai salah satu anugerah yang mempunyai merit yang tinggi dalam penilaian Anugerah Akademik Negara (AAN).
| Bil | Senarai Anugerah |
|---|---|
| 1. | Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan |
| 2. | Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains dan Teknologi |
| 3. | Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan Indeks Kebangsaan |
| 4. | Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan Indeks Antarabangsa |
| 5. | Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains dan Teknologi Indeks Kebangsaan |
| 6. | Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains dan Teknologi Indeks Antarabangsa |
| 7. | Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan |
| 8. | Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains dan Teknologi |
| 9. | Anugerah Karya Suntingan Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan |
| 10. | Anugerah Karya Suntingan Terbaik Sains dan Teknologi |
| 11. | Anugerah Buku Ilmiah Popular Terbaik |
| 12. | Anugerah Reka Bentuk Buku Terbaik |
| 13. | Anugerah Buku Ilmiah dalam Bahasa Melayu Terbaik |
| 14. | Anugerah Buku Ilmiah Terjemahan Terbaik dalam Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris |
| 15. | Anugerah Penulis Prolifik |
| 16. | Anugerah Pereka Buku Terbaik |
| 17. | Anugerah Pemasar Terbaik |
| 18. | Anugerah Penerbit Muda |
| 19. | Anugerah Penerbit Harapan |
| 20. | Anugerah Penerbit Prolifik |
| 21. | Anugerah Buku Terlaris |
| 22. | Anugerah e-Buku Terlaris |
Anugerah MAPIM-KPT diwujudkan sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan dalam bidang penerbitan ilmiah oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Anugerah ini mencerminkan usaha berterusan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mengangkat martabat penerbitan akademik tempatan ke peringkat antarabangsa.