16 Mei 2025 (Jumaat) - Aktiviti Riadah Denai Langat bersama warga Penerbit UKM melibatkan hampir 24 orang staf Penerbit UKM. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja melalui suasana santai dan ceria di luar pejabat. Aktiviti dimulakan dengan senaman ringkas, diikuti dengan aktiviti berjalan kaki sejauh 2 kilometer di Denai Langat. Sepanjang laluan, para peserta turut mengutip sampah sebagai usaha memelihara kebersihan dan menyemai kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.
Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama, malah sangat menarik dan menepati matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya dalam aspek penjagaan alam sekitar dan menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera. Aktiviti seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif pembangunan sahsiah dan kesejahteraan warga kerja.
