LAWATAN KERJA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL-EHWAL PENYELIDIKAN DAN INOVAS)

BANGI, 9 Januari 2026 – YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan lawatan kerja ke Penerbit UKM.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau struktur organisasi Penerbit UKM serta memperkukuh kefahaman terhadap peranan strategik Penerbit UKM dalam menyokong agenda penyelidikan dan inovasi universiti.

Sepanjang lawatan, YBhg. Prof. Dr. Ismanizan turut berkesempatan beramah mesra dan berkenalan dengan warga kerja Penerbit UKM, selain diberi taklimat berkaitan penerbitan buku dan jurnal akademik yang telah dihasilkan di bawah Penerbit UKM.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPI) komited untuk terus menyokong inisiatif penerbitan akademik berimpak sebagai salah satu pemacu kecemerlangan penyelidikan dan reputasi UKM.

#penerbitukm #ukmpress #inspirasiilmutersohor #karyaukm #fypageシ