DINAMIKA BUDAYA DAN PARTISIPASI POLITIK BELIA MALAYSIA PASCA-REFORMASI
MYR61.00
ISBN 978-629-486-185-5
Book Details
Author/Editor: Arvin Tajari & Nazri Muslim
Pages: 248
Year of Publication: 2024
Description:
Akhir 1990-an, negara dikejutkan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membawa kepada gerakan Reformasi. Reformasi menjadi titik awal perubahan budaya politik di Malaysia yang menyaksikan perubahan pola sokongan rakyat yang mula beralih kepada parti pembangkang. Selain itu, Reformasi juga menjadi titik tolak kepada penglibatan golongan belia untuk menjadi aktif dalam politik sama ada ikut serta dengan gerakan Reformasi mahupun terlibat secara langsung dengan kancah politik Malaysia. Golongan belia secara umum terkesan dengan apa yang berlaku di Malaysia yang sekali gus mengubah corak dan pemikiran mereka. Budaya politik lama dilihat semakin terhakis. Politik perkauman walaupun masih kuat, tetapi secara perlahan terhakis kerana perubahan masyarakat yang dipengaruhi oleh faktor urbanisasi dan juga pembangunan ekonomi. Ini sekali gus memberikan kesan kepada golongan belia terutama golongan kelas pertengahan. Oleh itu, wacana politik semakin segar dengan debat pembangunan ekonomi, urus tadbir yang baik, perjuangan melawan rasuah dan sebagainya. Natijahnya, budaya politik golongan belia di Malaysia pasca-Reformasi dilihat bersifat terbuka dalam membincangkan persoalan ekonomi, politik dan sosial.
In the late 1990s, the nation was shocked by the dismissal of Datuk Seri Anwar Ibrahim, which led to the Reformasi movement. Reformasi marked the beginning of a shift in Malaysia’s political culture, witnessing a change in public support patterns as people began to lean toward opposition parties. Additionally, Reformasi became a turning point for youth involvement in politics, whether through participation in the Reformasi movement or direct engagement in Malaysia’s political arena. The youth, in general, were deeply affected by the events in Malaysia, which ultimately altered their perspectives and thought processes. The old political culture began to erode. Although racial politics remained strong, it gradually diminished due to societal changes influenced by urbanisation and economic development. This, in turn, impacted the youth, particularly the middle class. As a result, political discourse became revitalised with debates on economic growth, good governance, the fight against corruption, and more. Consequently, the political culture of Malaysian youth post-Reformasi is seen as more open in discussing economic, political, and social issues.
![]() | ![]() |