Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

LAWATAN PENYELIAAN DARIPADA PENSYARAH UNIVERSITAS SUMATERA UTARA

BANGI, 10 Oktober - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universitas Sumatera Utara (USU), Medan, Indonesia. Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan penyeliaan akademik serta membincangkan peluang kerjasama ilmiah antara kedua-dua institusi. Delegasi dari USU diketuai oleh Prof. Dr. Dra. T. Thyrhaya Zein, Dekan Fakulti Ilmu Budaya (FIB) USU. Turut serta dalam rombongan ialah Dra. Mardiah Mawar Kembaren, Prof. Dr. Dwi Widayati, Prof. Dr. Dra. Nursukma Suri dan Prayogo. Lawatan ini telah memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan tentang pembangunan akademik, penyelidikan, dan program mobiliti pelajar. Pihak PERKASA menyambut baik lawatan ini dan berharap jalinan kerjasama antara UKM dan USU akan terus diperkukuh demi memperkasakan bidang ilmu dan mempererat hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia.