News
Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.
Sumbangan In-Kind bagi Program Mobiliti dan Pengantarabangsaan PERMATA Remaja ke Korea Selatan
Sumbangan In-Kind bagi Program Mobiliti dan Pengantarabangsaan PERMATA Remaja ke Korea Selatan

Seoul, 19 Oktober - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada syarikat Verstyle Printing Sdn. Bhd. atas sumbangan baju bernilai RM1,235.00 secara in-kind bagi menyokong pelaksanaan Program Mobiliti dan Pengantarabangsaan PERMATA Remaja ke Korea Selatan. Sumbangan ini membantu memenuhi keperluan peserta sepanjang program berlangsung serta mencerminkan sokongan pihak industri dalam memperkasa potensi remaja melalui pendedahan antarabangsa, pertukaran budaya dan pengalaman pembelajaran di peringkat global.