Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

AVATAR JUNIOR BOOT CAMP

BANGI, 8 Mac 2023 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah mengajurkan satu program berbentuk kem keusahawanan yang dinamakan AVATAR Junior Boot Camp di bawah geran penyelidikan Yayasan GENIUS Malaysia.

Program ini dilaksanakan selama empat hari iaitu pada 5 hingga 8 Mac 2023 bertempat di Bilik Seminar Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertujuan memberi latihan kepada peserta PERMATA Remaja tentang keusahawanan dan melatih aspek pemasaran digital.

Menurut felo penyelidik PERKASA, Prof. Madya Sr. Dr. Norngainy Mohd Tawil, program ini penting untuk memastikan peserta PERMATA Remaja dapat bersaing untuk membina kerjaya yang profesional berdasarkan kemahiran yang dimiliki.

Program ini mendapat sambutan yang baik dan telah disertai oleh 40 orang peserta PERMATA Remaja yang berumur 13 hingga 19 tahun yang minat dalam dunia perniagaan. Antara pengisian kem tersebut ialah slot ‘Penjenamaan’ dan slot ‘ Asas Kewangan Bisnes’.

Antara sesi yang dijalankan

Antara sesi yang dijalankan

Antara sesi yang dijalankan

Antara sesi yang dijalankan

Antara sesi yang dijalankan

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.