Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

MEGA OUTING FOTOGRAFI 2023 LANGKAWI

KEDAH, 20 Ogos 2023 - Mega Outing Fotografi merupakan program tahunan bagi kelas fotografi PERMATA Remaja dalam meningkatkan dan mengaplikasi kemahiran yang dipelajari di dalam kelas. Bagi outing kali ini, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai tempat pemfokusan kerana keunikan dan sejarah yang terdapat di situ. Program ini telah berlangsung pada 17 hingga 20 Ogos 2023. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada peserta kelas fotografi untuk mengasah bakat dan mengaplikasikan kemahiran fotografi yang dipelajari sepanjang di dalam kelas.

Program ini telah melibatkan 38 orang peserta PERMATA Remaja, lima orang tenaga pengajar dan lima orang kakitangan pengurusan. Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk memastikan kepelbagaian dalam penghasilan karya gambar. Antara lokasi terpilih bagi tugasan lapangan adalah seperti Maha Tower, Atma Alam Batik Art Village, Panorama Langkawi, Pantai Cenang, Underwater World Langkawi, Mangrove Tour, Island Hopping, Langkawi Unesco, Taman Lagenda Langkawi, Telaga Harbour The Marina, Dataran Lang, Nusantara Maju (Gamat) dan Kompleks Kraf Langkawi. Melalui tugasan ini, peserta bukan hanya dapat menangkap gambar-gambar yang menakjubkan tetapi juga memperkayakan pengalaman fotografi mereka. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan nilai tambah kepada kemahiran fotografi peserta.

Selain itu, program ini meningkatkan motivasi dan kesungguhan dalam diri peserta untuk sentiasa proaktif dalam kelas, meningkatkan bakat dan mewujudkan pengalaman yang tidak dilupai terutamanya peserta PERMATA Remaja yang dibesarkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan. Peluang ini sudah pasti bagai bulan jatuh ke riba. Justeru, pihak PERKASA berharap peserta fotografi memperoleh banyak manfaat daripada program ini.