Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM SPEAK-UP WITH AIESEC IN UKM 11.0

BANGI, 27 Feb 2024 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama AIESEC UKM telah berjaya menganjurkan Program “SPEAK-UP WITH AIESEC IN UKM 11.0” di Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tarikh 27 dan 28 Februari 2024. Program ini telah disertai seramai 40 peserta Program PERMATA Remaja daripada pelbagai kelas kemahiran.

Program ini bertujuan untuk membina keyakinan peserta dalam pengucapan awam menggunakan Bahasa Inggeris serta meningkatkan penghargaan kendiri peserta melalui peningkatan kefahaman diri dalam diri peserta. Para peserta telah berkumpul di Pusat Komuniti PERMATA Remaja Desa Rejang seawal jam 8 pagi untuk menaiki bas ke tempat program berlangsung.

Apabila tiba, peserta diminta untuk berkumpul di dewan Tun Abdul Rahman Ya’kub Kolej Pendeta Za’aba. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas daripada urus setia mengenai AIESEC Malaysia dan AIESEC UKM. Setelah itu, peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti menarik secara individu dan berkumpulan. Antara aktiviti yang telah dibuat adalah membuat kaligrafi cina, pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris dan juga pengenalan kepada kecergasan buatan (Artificial Intelligence). Semoga program yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta yang terlibat.