Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Lawatan Kelas Kek & Pastri ke Kenny Hills

Kuala Lumpur, Julai 2020 - Lawatan Kelas Kek & Pastri ke Kenny Hills Bakers telah diadakan pada 19 dan 26 Julai yang melibatkan sepuluh orang peserta kelas kek & pastri yang terdiri dari Pusat Komuniti GENIUS Remaja Desa Rejang dan Sri Pantai.  Lawatan sambil belajar ini memberikan kelainan suasana pembelajaran kepada peserta kelas kek & pastri. Proses pembelajaran secara lawatan dikatakan boleh mengatasi masalah kebosanan peserta. Justeru, aktiviti lawatan ini secara tidak langsung merupakan pembelajaran efektif dan meningkatkan kefahaman tentang kualiti kek & pastri di kedai ternama di Kuala Lumpur.

Objektif lawatan ini adalah untuk:

  • Memberi pendedahan kepada peserta GENIUS Remaja tentang kek dan pastri yang dijual di bakeri sekitar Kuala Lumpur.
  • Memupuk minat peserta GENIUS Remaja untuk sentiasa mengembangkan ilmu kek dan pastri.
  • Mengeratkan hubungan tenaga pengajar dan peserta GENIUS Remaja kelas kek dan pastri.

Tenaga pengajar sedang memberi penerangan tentang pencuci mulut kepada peserta kelas kek dan pastri.

Tenaga pengajar, pengurus pusat dan peserta kelas kek dan pastri Pusat Komuniti GENIUS Remaja Sri Pantai bergambar di sekitar kawasan bakeri.