Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Majlis Penyerahan Penapis Air Oleh KMT JAYA GROUP OF COMPANIES

BANGI, 22 Februari 2023 – Datuk Matthew Lee, Pengerusi KMT Jaya Group telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Penapis Air di Auditorium Siswa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis ini merupakan simbolik atas sumbangan lima unit penapis air SK Magic yang telah dipasang di Pejabat Pentadbiran Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dan empat buah Pusat Komuniti PERMATA Remaja yang terletak di PPR Sri Pantai, PPR Pantai Ria, PPR Kg Muhibbah dan PA Desa Rejang. Keseluruhan jumlah sumbangan penapis air bernilai RM27,500.

Seramai lima puluh peserta PERMATA Remaja yang turut serta memeriahkan majlis penyerahan ini. Seterusnya, barisan pengurusan tertinggi yang hadir ialah Dr. Nasrudin Subhi, selaku Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dan Puan Hasnoor Shima Ahmad Hassan, Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM.