Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PANTAI DALAM, 6 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek hadir merasmikan Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja yang telah diadakan di Taman Permainan Blok 102, PPR Sri Pantai, Kuala Lumpur. Majlis perasmian ini telah memberi pengiktirafan kepada Program PERMATA Remaja dalam mengangkat remaja berisiko B40 menerusi kelas-kelas kemahiran yang dijalankan seterusnya menyemai semangat keusahawanan. Karnival berlangsung selama dua hari ini telah melibatkan hampir seramai 300 orang peserta PERMATA Remaja dan turut dihadiri oleh warga penduduk PPR Sri Pantai.

Sewaktu Majlis Perasmian, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek turut meluangkan masa beramah mesra dengan peserta-peserta PERMATA Remaja dan melawat reruai jualan kelas-kelas kemahiran yang dijalankan. Turut hadir, Tuan Wan Hashim Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Dan Pembangunan, KPM; Dr. Normas Awang, Setiausaha Bahagian, Bahagian PERMATA, KPM; Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Program PERMATA Remaja; Tuan Haji Roslan Abu Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Tuan Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi, DBKL; Puan Jamilah Awang, Penyelaras Pejabat Lembah Pantai; Tuan Haizam Yahya, Pengarah Perhubungan Atomy Sdn. Bhd. dan Puan Shahida Musa, Pengurus Yayasan YARA.

Karnival keusahawanan ini turut mendapat sokongan padu daripada Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai dan pihak Atomy Malaysia Sdn. Bhd. yang mana telah menjadi penaja utama kepada karnival kali ini. Pihak PERMATA Remaja berbesar hati menerima tajaan tersebut dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi. Menurut Pengurus Program Karnival Keusahawanan PERMATA Remaja, Wan Shahidan Wan Azmi, objektif utama perlaksanaan karnival ini adalah untuk memupuk minat keusahawanan dalam kalangan remaja di samping juga memberi peluang kepada beberapa orang alumni program PERMATA Remaja untuk mengetengahkan perniagaan mereka sama ada dalam bentuk produk mahupun servis. Beliau berharap agar karnival seperti ini akan dimanfaatkan dan memberi impak positif kepada semua yang terlibat.