Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PENYERAHAN SUMBANGAN BARANGAN ATOMY OLEH ATOMY MALAYSIA SDN. BHD.

BANGI, 31 Mac 2023 – Syarikat Atomy Malaysia Sdn. Bhd. telah menyumbang tiga jenis barangan Atomy iaitu Atomy Hand Sanitizer 50 ml (24 set), Atomy Sandwich Laver (108 kotak) dan Atomy Marine Ampoule Gel Mask Mousturizing & Soothing (600 set) kepada Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) melalui Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana keseluruhan jumlah sumbangan adalah bernilai RM82,800.00.

Sumbangan ini amat bermakna kerana dapat membantu dalam penganjuran aktiviti luar anjuran PERMATA Remaja seperti karnival, pertandingan, jelajah dan juga pameran yang melibatkan peserta remaja daripada kumpulan B40.

Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Atomy Malaysia Sdn. Bhd. atas sumbangan yang diberikan dan berharap usaha murni ini dapat diteruskan lagi.