Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PENYERAHAN SUMBANGAN BERBENTUK BARANGAN OLEH KMT JAYA GROUP OF COMPANIES

BANGI, 20 Julai 2023 – Wakil KMT Jaya Group of Companies telah menyerahkan sumbangan pakaian dalam jenama PUMA kepada Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja di Pejabat Pentadbiran PERKASA. Sumbangan berbentuk barangan ini bernilai RM26,290 telah diagihkan kepada peserta di bawah Program PERMATA Remaja secara berperingkat mengikut Pusat Komuniti PERMATA Remaja masing-masing.

Sumbangan ini amat bermakna bagi peserta daripada keluarga berpendapatan rendah kerana pakaian dalam merupakan pakaian yang digunakan setiap hari. Tambahan pula, kesempitan hidup memaksa mereka untuk berjimat dan guna semula pakaian dalam yang lusuh. Justeru, sumbangan ini memberikan impak yang positif dalam diri peserta untuk sentiasa menjaga kebersihan diri.

Oleh itu, Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) mengucapkan jutaan terima kasih kepada KMT Jaya Group of Companies atas sumbangan pakaian dalam yang diberikan dan berharap usaha murni ini dapat diteruskan lagi.

.

.

.