Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PENYERAHAN SUMBANGAN JAKET DARIPADA PIHAK ATOMY MALAYSIA SDN. BHD.

SEPANG, 2 November 2023 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) berbesar hati menerima sumbangan jaket sebanyak tiga puluh lima helai daripada pihak Atomy Malaysia Sdn. Bhd. Jaket ini disumbangkan kepada peserta kelas fotografi PERMATA Remaja dan staf iringan yang telah terpilih ke Program Mobiliti & Pengantarbangsaan PERMATA Remaja ke Korea Selatan. Penyerahan ringkas ini telah berlangsung di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di mana menyaksikan Encik Muhamad Haizam Yahya, selaku Pengarah Perhubungan Awam, Atomy Malaysia Sdn. Bhd. telah menyerahkan jaket kepada Dr. Nasrudin Subhi, Ketua PERKASA sebelum pelepasan peserta ke Korea Selatan.

Pihak PERKASA berkongsi harapan agar dengan penyerahan sumbangan jaket ini dapat dijadikan simbolik kerjasama dan sokongan yang utuh daripada pihak Atomy Malaysia Sdn. Bhd kepada Program PERMATA Remaja. Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk sentiasa berkongsi kebaikan. Terima kasih Atomy Malaysia Sdn. Bhd.