Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PERMATA REMAJA 4 COMMUNITY @ TASIK CHINI

TASIK CHINI, 7 Jan 2024 – Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berkolaborasi dengan Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan menganjurkan Program PERMATA Remaja 4 Community di Tasik Chini yang melibatkan 40 orang peserta di bawah Program PERMATA Remaja dan 50 orang mahasiswa/i Sarjana Muda Sains Citra pada 5 sehingga 7 Januari 2024.

Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta-peserta PERMATA Remaja menyantuni masyarakat orang asli yang menetap di sekitar Tasik Chini seterusnya memberikan pengalaman dalam melihat sendiri kehidupan orang asli dikawasan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka bersama kanak-kanak orang asli, penanaman pokok dan juga riadah bersama orang asli.

Para peserta juga diberikan peluang untuk melawat perkampungan Orang Asli sekitar Tasik Chini bagi lebih merasai kehidupan suasana perkampungan mereka. Perjalanan mengambil masa 15 minit dari Pusat Penyelidikan Tasik Chini dan peserta mendapat pengalaman menaiki bot untuk sampai ke kampung Orang Asli. Para peserta berasa gembira kerana ini merupakan pengalaman pertama dalam mengunjungi perkampungan Orang Asli malah kali pertama dalam menaiki bot.

Penganjuran program tersebut secara tidak langsung memberikan peluang kepada peserta dalam mempelajari kepentingan komuniti dan kesejahteraan. Justeru, pihak PERKASA mengucapkan beribu terima kasih kepada pihak Pusat Pengajian Citra Universiti dalam menjayakan program tersebut