Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM 60TH ANNIVERSARY RUMAH AMAL CHESHIRE SELANGOR

SELAYANG, 9 September  2023 – Rumah Amal Cheshire Selangor telah menjemput PERMATA Remaja untuk menyertai Program 60th Anniversary Rumah Amal Cheshire Selangor dengan membuka gerai jualan produk dan servis yang melibatkan peserta PERMATA Remaja dari kelas kek & pastri, fotografi, buttonbadge dan kecantikan. Menerusi jemputan kolaborasi ini dapat memberi peluang kepada peserta PERMATA Remaja berinteraksi dengan komuniti dan menyumbang kepada inisiatif amal dengan mempamerkan kemahiran dan kreativiti mereka kepada pihak umum.

Program ini telah disertai 13 orang peserta PERMATA Remaja dan enam orang kakitangan pengurusan. Selain itu, pengurusan tertinggi yang turut hadir ialah Dr. Nasrudin Subhi, selaku Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA). Antara perkhidmatan atau servis yang disediakan termasuk pelbagai pilihan pencuci mulut dan kek, cenderahati button badge, perkhidmatan photobooth serta rawatan kuku tangan dan kaki. Produk jualan kek dan pastri seperti kek Black Forest, kek strawberi dan brownies telah mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung yang datang. Oleh itu secara tidak langsung, program ini memberikan kesempatan kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah diperoleh di kelas dalam konteks kehidupan sebenar.

Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Rumah Amal Cheshire Selangor atas jemputan dan kerjasama yang erat dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memperkukuhkan hubungan antara PERMATA Remaja dan masyarakat serta memberi impak positif kepada komuniti yang memerlukan bantuan.