Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM CELIK KERJAYA PERMATA REMAJA 2023

BANGI, 30 Julai 2023 – PERMATA Remaja telah menganjurkan Program Celik Kerjaya pada 28 hingga 30 Julai 2023 bertempat di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Penyertaan program ini terhad kepada 40 orang peserta sahaja dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 (Tahun 2023), Tingkatan 5 (Tahun 2023), Lepasan SPM (SPM 2022) dan Lepasan SPM (SPM 2021) untuk meneroka personaliti diri, membantu merancang laluan kerjaya seterusnya memaksimumkan potensi diri. Sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta PERMATA Remaja dan pelajar luar.

Tiga segmen yang diketengahkan dalam program kali ini iaitu ialah Kenali Diri dan Minat, Jom Sambung Belajar dan Hari Kerjaya. Melalui program ini juga PERKASA telah menjemput pelbagai agensi iaitu pihak Politeknik & Kolej Komuniti, Kolej Profesional Mara (KPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kaunselor untuk memberi pendedahan mengenai laluan pendidikan, kerjaya, biasiswa dan panduan pembiayaan pendidikan. Agensi yang dipilih adalah berdasarkan keperluan peserta yang lebih bertumpu kepada kemahiran.

Antara barisan penceramah yang dijemput adalah Encik Muhammad Izzat Ebrahim (Kaunselor PERMATA Remaja), Puan Azizah Safie dan Puan Khalsa Afariza Mohd. Apami @ Mohd. Affami (Wakil Politeknik & Kolej Komuniti), Puan Zaidatul Akmal Zawani (Wakil UiTM), Encik Abd Aziz Ahmad (Wakil KPM), Mejar Mohd Dhany Mohd Nor (Wakil Angkatan Tentera Malaysia), Cikgu Mohd Saleh Ismail (Wakil Majlis Guru Kaunseling Negeri Sembilan) dan tiga orang wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu Puan Mariani Mat Hussin, Puan Nazatul Mohd Ali dan Puan Shirley Tan Sok Kit.

Program Celik Kerjaya PERMATA Remaja bukan hanya memberikan pengetahuan yang relevan tentang dunia pendidikan dan pekerjaan kepada peserta, tetapi juga membantu mereka mengenali diri dan merancang masa depan dengan lebih teliti. Kejayaan program ini mencerminkan usaha Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dalam menyokong perkembangan dan pencapaian peserta dalam bidang pendidikan dan kerjaya.