Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Remaja PPR Kg. Muhibbah serbu tapak pameran PERKASA@remaja di Kompleks Komuniti Muhibbah

6 November 2016 - Program SEMARAK Komuniti Bandar Tun Razak/Cheras telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama persatuan penduduk PPR Kg. Muhibbah. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak penganjur antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, senam seni, sukan rakyat, Taklimat Isu Semasa : Bajet 2017 oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia, penyampaian watikah Komuniti 1 Malaysia dan juga pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

PERKASA@remaja turut mengambil peluang ini dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan program komuniti yang ditawarkan di Pusat Komuniti PERMATA, PERKASA@remaja PPR Kg Muhibbah. Sambutan dan pendaftaran yang sangat memberangsangkan di tapak pameran PERKASA@remaja menunjukkan minat para remaja terhadap  program yang ditawarkan kepada mereka. Kehadiran PERKASA@remaja dan program-program yang ditawarkan kepada penduduk setempat  juga dilihat telah mula mendapat tempat dan perhatian daripada penduduk di sini.

Penerangan diberikan kepada pengunjung tapak pameran
Pendaftaran remaja PPR Kg Muhibbah
Sebahagian remaja yang berminat menyertai program Komuniti PERKASA@remaja