Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Shah Alam, 17 Mei 2025 – Program Women Beauty Preneur Roadtour – Makeup Class 2025 telah berjaya dianjurkan pada 17 Mei 2025 bertempat di Setia Alam, Shah Alam, Selangor dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Program anjuran Akademi Diyana HQ ini disertai oleh 19 peserta dari PERMATA Remaja, bersama tiga tenaga pengajar kelas kecantikan, empat wakil SAHABAT PERKASA serta seorang wakil daripada pihak pengurusan PERKASA. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai potensi diri mereka dalam bidang solekan, di samping mencungkil bakat serta melahirkan usahawan wanita dalam industri kecantikan tanpa mengira usia. Hal ini penting kerana wanita bukan sahaja aset utama dalam sesebuah keluarga, tetapi juga berperanan besar dalam pembangunan komuniti. Justeru, program seperti ini diyakini dapat membantu peserta untuk menceburi bidang solekan serta memupuk minat untuk terus mempelajari kemahiran baharu.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program ini termasuk pengajaran teknik solekan terkini dan trending, analisis warna mengikut tona kulit yang sesuai, serta ilmu asas keusahawanan dalam bidang kecantikan. Peserta turut menerima bimbingan daripada tenaga pengajar profesional serta berpeluang menggunakan produk eksklusif daripada LUXE Yanzi. Setiap peserta turut melibatkan diri dalam aktiviti amali solekan asas dengan pemantauan tenaga pengajar Akademi Diyana. Sebagai penghargaan, peserta yang berjaya menyiapkan tugasan telah menerima goodies bag yang mengandungi produk LUXE seperti asas solekan, cermin muka dan set berus solekan asas.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Akademi Dayana dan Luxe Costimetic kerana menjadi penaja utama dalam menjayakan program ini. Pihak PERKASA amat bersyukur kerana peserta PERMATA Remaja diberikan peluang menyertai program ini. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai bengkel ini dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh secara langsung.