HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI & KOMUNITI
(HEJIM)
Menyedari keperluan mekanisma pentadbiran yang khusus untuk membangunkan kerjasama strategik akademia-industri-masyarakat, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan satu portfolio pengurusan kanan dalam tahun 2007. Portfolio ini dikenali sebagai Timbalan Naib Canselor Hubungan Industri dan Komuniti dan kemudiannya dikenali sebagai Hal Ehwal Jaringan Industri dan Komuniti (HEJIM).
HEJIM menyediakan peluang-peluang untuk usaha membangunkan kerjasama dan usahasama strategik melibatkan universiti-industri dan masyarakat, yang boleh menyokong dan menambahbaik fungsi utama universiti — penyelidikan, pendidikan dan perkhidmatan. Pada bulan Oktober 2009, UKM telah mewujudkan jawatan Ketua HEJIM di setiap fakulti dan Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Antara tugas utama seorang ketua HEJIM adalah untuk menyelaras latihan industri, penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kerjasama dengan agensi kerajaan, dan progam untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti. Selain itu, ketua HEJIM juga bertanggungjawab untuk mengurus Sistem Maklumat Usahasama Industri dan Masyarakat (e-Khidmat).
HEJIM di Pusat PERMATA@Pintar Negara, sebagai sebahagian HEJIM UKM, sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik dari mana-mana wakil industri, masyarakat, agensi kerajaan dan juga NGO. HEJIM di Pusat PERMATA@Pintar Negara juga sentiasa mengalu-alukan sebarang penajaan korporat untuk program-program tertentu di Pusat GENIUS@Pintar Negara, selain pelbagai peluang untuk kerjasama antara badan-badan korporat dan Pusat PERMATA@Pintar Negara.
Kakitangan Pusat PERMATA@Pintar Negara yang berminat untuk terlibat dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti yang memerlukan penglibatan masyarakat perlu mengisi borang e-Khidmat untuk rekod, dan kelulusan HEJIM.
2019
Lawatan YBhg Tan Sri Wahid Omar
Lawatan YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UKM yang baru ke pusat ini telah berlangsung antara jam 9,20 pagi hingga jam 12.30 tengahari.
Taklimat dan penerangan tentang program PERMATApintar telah disampaikan oleh Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, Pengarah Pusat PERMATApintar Negara UKM. YBhg Tan Sri Abdul Wahid berpeluang melawat makmal robotik dan makmal F1. Beliau juga sempat meluangkan masa untuk bertemu-bual dengan pelajar-pelajar yang merupakan ahli kelab-kelab berkenaan.
Lawatan Pelajar-Pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Lawatan ini adalah sebahagian rogram latihan kepimpinan pelajar SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program ASASIpintar dan peluang belajar dalam program ini. Delegasi lawatan terdiri dari 32 orang pelajar disertai 4 orang guru pembimbing. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Azizah, En Salleh Huddin dan para pelajar ASASIpintar.
Lawatan Pelajar-Pelajar Osaka University of Economics & Law (OUEL).
Seramai 30 orang pelajar Osaka University telah melawat Pusat PERMATApintar Negara. Lawatan ini adalah sebahagian program mobiliti pelajar OUEL dan dikelolakan oleh Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Aminuddin Baki UKM Sesi 2018-19. Lawatan telah diadakan pada jam 4.00 hingga 5 petang.
Lawatan Pelajar Management & Science University (MSU)
Seramai 104 orang pelajar Management and Science University (MSU) telah melawat pusat ini hari ini. Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang mengkhusus dala bidang pendidikan awal kanak-kanak.Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan penerangan berkenaan program PERMATApintar dan fungsi pusat ini dalam pelakanaan program berkenaan. Program yang turut disertai oleh tiga orang pensyarah MSU telah berlangsung antara jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.
Lawatan Pegawai Pendidikan Arab Saudi.
Seramai 15 orang pegawai pendidikan Arab Saudi telah mengadakan lawatan ke pusat ini pada hari ini. Lawatan ini adalah sebahagian program lawatan mereka ke Malaysia untuk program lawatan sambil belajar ke negara ini.
Lawatan Pelajar Universiti Shiga, Jepun
Tiga orang pelajar program Kejururawatan dari Universiti Shiga, Jepun, terdiri dari Ms Misaki Soga, Ms Rina Sasagi dan Koi Takamatsu, telah melawat pusat ini hari ini sebagai sebahagian program mobilit mereka ke Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur. Selain melawat PERMATApintar, pelajar-pelajar ini juga telah melawat Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) Pusat Perubatan UKM di Cheras. Lawatan mereka ke pusat ini telah dikelolakan oleh Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan UKM, Kuala Lumpur.
Lawatan Yayasan Al Azhar, Lampung, Indonesia.
Yayasan Al Azhar Lampung mempunya sebuah sekolah menengah di
Lampung dan berminat untuk belajar tentang program PERMATApintar. Rombongan yayasan ini yang terdiri dari 5 orang ahli juga menunjukkan minat untuk mengadakan kolaborasi bersama pusat ini.

Lawatan Pelajar-Pelajar Cemerlang dari Kuwait.
Seramai 16 orang pelajar-pelajar cemerlang dari Kuwait telah melawat pusat ini pada hari ini. Lawatan yang ditaja oleh Kuwait Foundation for the Advancement of Sciences, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berusaha menggalakkan pengembangan bidang sains dan teknologi di Kuwait. Lembaga pengarah organisasi ini dipengerusikan oleh Yang Mulia (His Royal Highness) Emir Negara Kuwait.
Lawatan Yayasan Sarawak
Satu delegasi dari Yayasan Sarawak melawat pusat ini bermula pada jam 10.30 pagi hari ini. Lawatan ini adalah sebagai sebahagian program pemantauan pelajar di bawah tajaan yayasan berkenaan. Delegasi diketuai oleh Tn Haji Azmi Bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Turut hadir ialah EnMuhamad Rahman Sallehin, Ketua Pegawai Yayasan Sarawak, Pejabat Kuala Lumpur.
Lawatan Pegawai dari Kementerian Pendidikan UAE
Satu delegasi dari Kementerian Pendidikan United Arab Emirates (UAE) telah melawat pusat ini hari ini. Delegasi ini terdiri dari tiga orang pegawai wanita, dan lawatan bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program pendidikan gifted & talented di pusat ini.

Lawatan Pelajar Universiti Osaka
Lawatan para pelajar dari Universiti Osaka telah diadakan pada jam 5.00 petang hari ini. Seramai 30 orang pelajar dari universiti berkenaan yang terlibat dalam program mobilisasi pelajar OUEL melawat pusat ini sebagai sebahagian pengisian program mobilisasi ang berlangsung dari 9 September hingga 15 September 2019. Lawatan ini telah dikelolakan oleh Majlis Pelajar, Kolej Kediaman Aminuddin Baki UKM.
2018
Lawatan Pelajar-pelajar MRSM Parit, Perak
Lawatan para pelajar MRSM Parit, Perak berlangsung dari jam 9.00pagi hingga jam 12.00 tengahari. Kumpulan pelajar ini juga turut diiringi oleh 3 orang guru pengiring.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang pengajian di UKM selepas SPM. Kesemua pelajar yang melawat pusat ini hari ini adalah pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM 2017.
Taklimat dan penerangan tentang program ASASIpintar dan peluang-peluang pengajian di UKM telah disampaikan oleh Dr Azizah Zahidi, Ketua Program ASASIpintar dan En Salleh Huddin Abdul Rashid.
Lawatan dari Kuwait.
Pada hari ini pusat ini telah menerima dua lawatan. Lawatan pertama yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi adalah lawatan dari sekumpulan ahli akademik dari Kuwait. Mereka berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program PERMATApintar dan bagaimana pemilihan pelajar dibuat. Perbincangan juga menyentuh peluang-peluang kerjasama antara kedua-dua negara di masa depan.
Lawatan dari Yayasan Sarawak
Delegasi Yayasan Sarawak terdiri dari En Mohd Rahman, Cik Suhana Ahmad, dan En Salleh Hashim.
Lawatan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Delegasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terdiri dari En Mohd Naser Mohammad Maslan dan En Ahmad Syah Ejea dari Bahagian Biasiswa, KPT.
Lawatan Yayasan Sarawak.
Lawatan dari Yayasan Sarawak kali ini diketuai oleh YBhg Datu Dr Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sarawak.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang program PERMATApintar dan bagaimana anak-anak Sarawak boleh mendapat manfaat dari progam ini.
Mengikut rekod, untuk tahun 2018, terdapat tidak kurang 25 orang anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATAPintar Negara UKM.
Hampir kesemua mereka mendapat penajaan biasiswa Yayasan Sarawak. Berita lanjut mengenai anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM boleh dibaca di OutReach 2018, satu penerbitan berkala terbitan Yayasan Sarawak.
Gambar: YBhg Datu Dr Sabariah Putit bersama anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM
Lawatan peserta-peserta Program New Colombo Plan.
Program New Colombo Plan (Australian-Malaysia) 2018 adalah satu program anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kebanyakkan peserta program ini merupakan adalah para pelajar prasiswazah dari Flinders University dan UKM. Program ini telah berlangsung dari 22 hingga 24 Januari 2018, dan melibatkan beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia. Majlis penutup program ini telah diadakan di Pusat PERMATApintar Negara, memberi peluang kepada peserta-peserta program mengenali pusat ini dan dapat berikteraksi dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM. Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia TYT Andrew Goledzinowski telah berbesar hati hadir dan menyampaikan ucapan di majlis penutup program ini.
Lawatan MMU
Lawatan Pegawai-pegawai kanan Multimedia University (MMU), Cyberjaya. Lawatan bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 1.00 tengahari.
MMU diwakili oleh Prof. Hishamuddin Ismail, Naib Presiden Akademik dan Pengantarabangsaan, ketua-ketua program Foundation/Timbalan Dekan Fakulti MMU dan Pn Nor Azurah Rezo, Pendaftar Akademik MMU. Lawatan bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan membuat semakan dokumen untuk menilai kesesuaian graduan-graduan Kolej PERMATApintar untuk diterima masuk ke program-program degree di MMU.
Lawatan SK Jalan 6, Bandar Baru Bangi.
Delegasi diketuai oleh Gurubesar SK Jalan 6. Turut serta dalam lawatan ini ialah YDP PIBG SK Jalan 6, Dato’ Dr Syed Kamaruddin, beberapa orang guru dan AJK PIBG sekolah berkenaan. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin kerjasama dengan pusat ini.
Pada majlis yang sama kedua pihak telah menandatangani letter of intent sebagai permulaan kerjasama antara kedua institusi pendidikan.
Lawatan IPG Kota Bharu.
Dua puloh orang siswa IPG Kota Bharu. Pensyarah pembimbing Puan Nor Laini Che Mat.Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang sistem pentadbiran yang dilaksanakan dalam Pendidikan Khas untuk mempastikan murid-murid gifted tidak tercicir dalam pendidikan.
Lawatan Fakulti Perubatan UKM.
Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Norhafizah Manan, En Mohd Hafiz bin AHmad, Pn Norhafizah Nasiron dan EN Nor Hisham A Rashid. Objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang program-program PERMATApintar; juga beri pendedahan tentang suasana pembelajaran di PERMATApintar.
Lawatan SK Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Rombongan terdiri dari 40 pelajar dan guru-guru pengiring. Taklimat diadakan di Bilik VIP Kompleks Kolam Renang, PERMATApintar.
Lawatan dari SMK Datuk Haji Ahmad Said, Butterworth.
Lawatan Yayasan Pahang & Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Rombongan dari Yayasan Pahang dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah melawat pusat ini hari ini. Delegasi Yayasan Pahang telah diketuai olh En AirulAmri bin Amran, Pengurus Kanan Operasi Yayasan berkenaan. Sementara itu, Maahad Tahfiz Negeri Pahang diwakili oleh YB Dato’ Dr Zulkifli Ali wakil Maahad Tahfiz. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang program PERMATApintar dan peluang-peluang kerjasama antara yayasan dan pusat ini.
Lawatan Guru-Guru ASEAN+3
Seramai kira-kira 25 orang guru yang terlibat program ASEAN+3 telah melawat pusat ini pada hari ini. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari.
Lawatan telah dimulakan dengan sesi taklimat ringkas sebelum para peserta dipecahkan kepada empat kumpulan untuk menjalankan beberapa aktiviti di bengkel-bengkel STEM seperti astrofizik, robotik, F1 dan penyaringan DNA.
Pelajar Kolej PERMATApintar menunjukkan proses penyaringan DNA –>
Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut serta dalam program ini termasuklah Pn Rogayah Mat Salleh dan Dr Satilawati Binti Ramli dari BPSH, Pn Syazwani Ramli dari Akademi Sains Malaysia diwakili dan Pn Shahira Bt Zolkepli mewakili Bahagian Dasar dan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lawatan guru-guru dari Arab Saudi.
Rombongan terdiri dari 5 orang guru terpilih dari beberapa buah sekolah al Jubeir di Arab Saudi. Taklimat berlangsung antara jam 9.00pagi hingga 1.00 tengahari.
Lawatan City University.
9.00am – Delegasi diketuai oleh Prof Dr Azhar Md Adnan, Timbalan Naib Canselor (Akademik) City Univerity, Petaling Jaya. 19 pelajar terlibat dalam lawatan ini. Pensyarah pembimbing ialah Pn Mahsuri Md Desa.
Lawatan SMK Seremban 2.
2.30pm – Lawatan berlangsung dari 2.30pm hingga 5.00pm. Pelawat terdiri 40 orang pelajar dan beberapa guru pengiring.
Lawatan Kyoto University
Lawatan dua ahli akademik dari Kyoto University. Pelawat terdiri dari Prof Junko Kawai dan Cik Nao Ishitani. Turut serta bersama pelawat ini ialah Ms Raja Nazatul, seorang ahli persatuan alumni MyKyoto.
Lawatan Pelajar UMS Sabah.
Lawatan pelajar UMS – Program Pengembangan Potensi Diri. 10 orang pelajar. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelajar-pelajar gifted.
Lawatan IKM KL
Lawatan 35 pelajar-pelajar dan 4 orang kakitangan IKM KL di ketuai oleh Pn Sahakilawati. Lawatan bermula pada jam 2.30pm. Taklimat telah diadakan di Bilik VIP, Kompleks Renang PERMATApintar. Pusat ini diwakili oleh En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid dan En Hakimie Zainal Abidin.
2017
Lawatan Yayasan Sarawak.
Lawatan Yayasan Sarawak berlangsung antara jam 9.00 hingga 12.00 tengahari. Rombongan Yayasan Sarawak diketuai oleh Tn Haji Azmi Bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Rombongan ini juga sempat bertemu pelajar-pelajar Sarawak yang menerima tajaan Yayasan ini.
Lawatan Pelajar-pelajar Tochigi High School, Jepun.
Lawatan berlangsung dari 9.00pagi – 5.00ptg. Ini adalah program tahunan Tochigi High School. Kumpulan pelajar ini juga turut diiringi oleh 3 orang guru pengiring.
Hari Kerjaya PERMATApintar.
Sekolah-sekolah sekitar Daerah Hulu Langat telah hadir. Antara pihak pempamer termasuklah SIME Darby, dan Petronas.
Program CEO@Faculty.
Pn Nora Abd Manaf, Group Chief Human Capital Officer Maybank Bhd, melawat PERMATApintar dan menyampaikan ucapan sempena Program CEO@Faculty.
Lawatan dari Libaran, Sabah
Pada hari ini, pusat ini menerima dua lawatan. Pada sebelah pagi pusat ini menerima lawatan pelajar-pelajar terpilih dari Daerah Libaran. Lawatan ini adalah anjuran Pemuda UMNO Libaran Sabah; sebahagian program lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Lawatan Datuk Bandar Sejong City, Korea Selatan
Pada sebelah petangnya pula, pusat ini menerima lawatan Datuk Bandar Sejong City, Korea Selatan. Perbincangan berlangsung dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Menurut beliau, di Sejong City terdapat sebuah sekolah seperti Kolej PERMATApintar Negara UKM, dan sekolah ini dikenali dengan nama Sejong Academy of Science and Arts for Talented Students. Perbincangan berkisar mengenai kerjasama duahala. Datuk bandar Sejong City berbesar hati untk membantu bagi membolehkan pertukaran pelajar antara Kolej PERMATApintar Negara UKM dengan sekolah-sekolah terpilih di Sejong City atau sebarang kerjasama antara instusi pendidikan di kedua-dua negara dapat dilaksanakan.
Lawatan UMNO Bahagian Serdang
Hari ini pusat ini menerima lawatan beberapa orang wakil UMNO Bahagian Serdang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Fathil Bin Daud.
Lawatan SMK Rompin, Pahang
Rombongan SMK Rompin terdiri dari 40 orang pelajar-pelajar yang terpilih (MENSA). Beberapa aktiviti berkaitan STEM telah dijalankan oleh pelajar-pelajar ASASIpintar di Bilik Gerakan Pelajar.
Lawatan dari Kalimantan Selatan
Lawatan dari pelajar-pelajar SMP Global Islamic Boarding School (GIBS), Kalimantan Selatan. Ini sebahagian dari lawatan sambil belajar pelajar-pelajar berkenaan ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Siswazah UKM. Rombongan ini terdiri dari 18 orang pelajar disertai dua orang guru pengiring. Pelajar-pelajar telah dibawa melawat beberapa fakulti di UKM.
Semasa pelajar-pelajar ini berada di PERMATApintar, mereka telah berpeluang mengikuti beberapa bengkel berkaitan bidang-bidang STEM dan dapat merasai suasana pembelajaran di pusat ini. Di samping itu beberapa aktiviti yang diadakan membolehkan pelajar-pelajar ini berinteraksi dan berkenalan dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM yang jauh lebih muda. Majlis penutup diadakan pada jam 2.45 petang, 13 April 2017 di mana pelajar-pelajar ini telah menunjukkan bakat terpendam mereka.
Lawatan Putera Naruhito, Putera Mahkota Jepun.
Putera Naruhito (皇太子徳仁親王 Kōtaishi Naruhito Shinnō), Putera Mahlota Jepun telah berkenan melawat Pusat PERMATApintar Negara sebagai sebahagian dari rangka lawatannya ke Malaysia pada bulan April 2017. Lawatan berkenaan berlangsung antara jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Beliau telah diberi taklimat mengenai Program PERMATApintar. Selepas taklimat dan sesi soal-jawb beliau berkenan melawat ruang pameran dan beramah mesta bersaa pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara UKM di Auditorium pusat ini.
Turut hadir termasuklah pegawai-pegawai kanan UKM, pegawai-pegawai dari kedutaan Jepun dan pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri serta Wisma Putra.
Sementara itu lawatan dari Pejabat Pendidikan Batu Pahat berlangsung pada sebelah petang. Rombongan pelawat terdiri dari tiga belas orang pegawai SISC+ dari pejabat berkenaan. Taklimat telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Rorlinda Yusof dan En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid.
Lawatan Pelajar IPG Temenggong Ibrahim
Lawatan pelajar-pelajar dan beberapa orang pensyarah IPG Temenggong Ibrahim, Johor telah berlangsung antara jam 3.00 hingga 5.30 petang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru tentang pelajar-pelajar gifted and talented, dan peranan pusat ini untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar-pelajar ini.
Taklimat mengenai program-program PERMATApintar telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat Pusat PERMATApintar Negara.
Lawatan SK Seberang Marang, Terengganu.
Lawatan Kementerian Agama Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung
Pada hari ini satu delegasi dari Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, Indoensia telah melawat pusat ini. Delegasi dianggotai oleh dua puluh satu orang pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan, diketuai oleh Prof Dr H. Moh. Mukri M. Ag., Rektor universiti berkenaan. Selain melawat pusat ini, delegasi berkenaan juga melawat Canselori, Dewan-dewan kuliah dan Pusat Tenkologi Maklumat UKM. Lawatan adalah bertujuan untuk mencari idea-idea baru yang boleh digunapakai dalam meningkatkan kualiti prasarana, pendidikan dan perkhidmatan universiti berkenaan. Delegasi ini telah memilih untuk melawat pusat ini kerana bidang gifted education adalah amat menarik perhatian mereka kerana bidang ini masih baru dirantau ini.
Lawatan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Kerajaan Sarawak.
Hari ini pusat menerima lawatan dari Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Kerajaan Sarawak. Delegasi ini diketua oleh Dr Saadiah binti Hj Abdul Samat, Setiausaha Tetap kementerian berkenaan.
Beliau telah diiringi beberapa orang pegawai dari kementerian berkenaan.
Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang program PERMATApintar dan bagaimana pusat ini berfungsi untuk mengenalpasti kanak-kanak gifted seluruh Malaysia.
Delegasi merasa amat kagum dengan program ini setelah mengetahui terdapat ramai anak-anak Sarawak yang belajar di Kolej PERMATApintar Negara UKM.
YB Datuk P Kalamanathan Melawat IFSC
Hari ini Timbalan Menteri Pendidikan 2, YBhg Datuk P. Kamalanathan melawat dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Saintis Masa Depan (International Future Scientists Conference – IFSC) 2017. Beliau sempat beramah-mesra dengan peserta-peserta persidangan berkenaan.
Lawatan ahli akademik Jepun
Hari ini beberapa orang ahli akademik Jepun telah melawat puat ini. Mereka terdiri dari seorang wakil dari Shibaura Institute of Technology, seorang wakil Malaysia-Japan International Institute of Technology, serta 18 pelajar PhD, Sarjana dan beberapa orang pelajar Sarjana Muda dari Shibaura Institute of Technology. Rombongan ini juga turut disertai oleh lima orang Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM).
JPA Melawat PERMATApintar
Lawatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah berlangsung antara jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program PERMATApintar dan kaedah penilaian yang dijalankan.
2016
Lawatan Pelajar ASASI UUM
Program lawatan dari pihak ASASI Pengurusan UUM, Sintok, Kedah telah berlangsung dari 8 hingga 9 Januari 2016 (Jumaat dan Sabtu). Program yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Pengurusan UUM dan Persatuan Pelajar Asasi Pengurusan UUM ini telah disertai oleh seramai 70 orang pelajar, 4 orang pegawai dan Timbalan Pengarah ASASI UUM.
Objektif program ini adalah untuk membina jaringan dan kerjasama antara pelajar, dan sebagai platform untuk pelajar merancang, mengurus, menyelaras dan mengendalikan aktiviti di dalam dan luar kampus. Pelbagai aktiviti telah disediakan, antara yang menarik perhatian ialah aktiviti makan berdulang dan pertandingan catur antara pelajar kedua-dua program Asasi Pengurusan UUM dan ASASIpintar UKM. Penginapan untuk pelajar Asasi UUM telah disediakan oleh Kolej Penginapan Keris Mas, UKM.
Lawatan dari Tochigi High School, Jepun

Ketrampilan berbahasa Jepun teruji dalam sesi seperti ini
Lawatan dari Tochigi High School ke PERMATApintar telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga ke 5.00 petang. Rombongan lawatan terdiri dari 10 orang pelajar dan beberapa orang guru dari Tochigi High School. Pelbagai aktiviti interaksi antara pelajar kedua buah institusi pendidikan telah diadakan. Salah satu aktiviti menarik ialah pembentangan dapatan penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar kedua-dua buah institusi pendidikan ini.
Wakil pelajar Kolej PERMATApintar UKM yang merupakan pelajar kelas bahasa Jepun telah diberi peranan penting sebagai hos kepada pelawat-pelawat berkenaan. Di akhir lawatan para pelajar dari Tochigi Senior High School telah mengadakan demonstrasi seni mempertahankan diri Jepun dan beberapa pertunjukkan lain yang sungguh menarik.
Lawatan dari Universiti Fukui, Jepun
Lawatan dari Universiti Fukui, Jepun telah berlangsung pada jam 10.00 pagi. Tujuan utama lawatan adalah untuk mengadakan perbincangan awal tentang peluang-peluang kerjasama antara pihak Universiti Fukui dan pihak PERMATApintar UKM. Universiti Fukui diwakili oleh Prof Koji Kobata, sementara Pusat PERMATApintar Negara diwakili oleh Prof Dato’ Dr Noriah Mohd Ishak, Prof Madya Dr Mohd Arif Bin Ismail dan En Salleh Huddin Bin Abdul Rashid.
LawatanTimbalan Menteri Pendidikan Timur Leste
11.30pagi – 1.30ptg
Tuan Yang Terhormat Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes, Timbalan Menteri Pendidikan Republik Demokratik Timur Leste telah meluangkan masa untuk melawat dan belajar tentang Pusat PERMATApintar Negara. Rombongan beliau telah turut disertai oleh, Tuan Yang Terhormat Jose Antonio Amorim Dias, duta, Republic Demokratik Timur Leste ke Malaysia, En Bahrulmazi Edrak, Pengerusi Cluster MyCommunity di Kementerian Pengajian Tinggi,Malaysia, Pn Anushela a/p Muniandy, Timbalan Pengarah, Bahagian Education Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pegawai-pegawai kerajaan Republic Demokratik Timur Leste, dan kakitangan Fakulti Teknologi Sains Maklumat, (FTSM), UKM.

Lawatan Tuan Yang Terhormat Dr Abel Da Costa Freitas Ximenes ke Pusat PERMATApintar Negara adalah sebahagian program lawatan beliau ke FTSM, UKM, di mana beliau telah dijemput untuk menyampaikan satu syarahan.
Taklimat mengenai program-program PERMATApintar telah disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Noriah Mohd Ishak, Pengaraha Pusat PERMATApintar Negara di Bilik Mesyuarat II, sementara jamuan tengahari dan persembahan pelajar diadakan di foyer Auditorium PERMATApintar.
Lawatan IPG Temenggong Ibrahim
9.00 – 12.00 pagi.
Seramai 36 guru pelatih pengkhususan Pengajaran Bahasa Inggeris, Sebagai Bahasa Kedua (TESL). dan tiga orang pensyarah IPG Temenggong Ibrahim, diketuai oleh Cik GohWah Im. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pendidikan untuk kanak-kanak pintar dan berbakat (gifted and talented children) yang dijalankan di Pusat PERMATApintar Negara.
Lawatan SK SiRusa, Port Dickson
Seramai 70 orang murid SK SiRusa, Port Dickson bersama 3 orang guru pengiring melawat Pusat PERMATApintar Negara hari ini. Rombongan diketuai oleh Pn Norlia binti Abdul Aziz. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah ini tentang program-program PERMATApintar. Murid-murid juga berpeluang berinteraksi dengan pelajar-pelajar Kolej PERMATApintar Negara.
Lawatan SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak
Seramai 36 pelajar tingkatan 5 dan 6 serta 4 orang guru pengiring dari SMK Sultan Yussuf , Batu Gajah, Perak melaaat Pusat PERMATApintar hari ini. Lawatan bermul jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari. Rombongan diketuai oleh Cik Nur Anidaisma binti Ahmad Yusuf dan En Ahmad Piruz bin Kamaruddin. Tujuan lawaan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang program PERMATApintar dan peluang melanjutkan pelajaran ke UKM.
Lawatan Pegawai-Pegawai Pendidikan Daerah Kluang
Seramai 16 orang pegawai-pegawai pendidikan yang mewakili Jawatankuasa SIP+ dan SISC+ dari Pejabat Pendidikan Daerah Kluang diketuai oleh En. Ahmad Suhardi telah melawat Pusat PERMATApintar hari ini. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari pelbagai perkara yang boleh diterapkan dalam pengajaran di sekolah-sekolah di daerah Kluang.

Lawatan Pegawai-Pegawai Kerajaan Sri Lanka
Seramai 30 orang pegawai-pegawai kerajaan Sri Lanka yang sedang mengikuti kursus Diploma Program SLIDA telah melawat Pusat PERMATApintar Negara hari ini sebagai sebahagian kerja kursus program berkenaan. Penganjur lawatan ialah UKM-GSB. Delegasi pegawai-pegawai kerajaan Sri Lanka ke PERMATApintar telah turut disertai oleh Dr Samruhaizad Samian @ Samion dan Cik Moliawati Dahalan dari UKM-GSB.
Lawatan dari UiTM Seri Iskandar, Perak.

En Izad Bin Anuar, pensyarah UiTM Seri Iskandar menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pusat PERMATApintar Negara.
Seramai 27 orang pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Senibina) Dengan Kepujian dari Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, UiTM Seri Iskandar, Perak bersama dua pensyarah melawat kompleks PERMATApintar untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang dijalankan, dan belajar tentang keunikan persekitaran pembelajaran dan seni bina bangunan-bangunan di kompleks PERMATApintar. Lawatan bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang. Taklimat telah disampaikan oleh En Salleh Huddin Abdul Rashid.