MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA HARI PERTADI KE – 48 & HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM
Dalam memeriahkan sambutan ulang tahun ke – 48 Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PERTADI) UKM, satu sesi Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat bersama warga UKM telah dijalankan di Masjid UKM pada 21 Ogos 2025 (Khamis).
Program anjuran Exco Kebajikan & Tanggungjawab Sosial di bawah Cik Najatulmuna Hamdan ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan persatuan dan seluruh warga UKM. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PERTADI bersama barisan Exco PERTADI sesi 2025 – 2027.
Majlis hari ini juga adalah bertujuan untuk mengadakan sesi tahlil ringkas buat Allahyarhamah Nuraderrah binti Hasnul Hafidzan, Pegawai Tadbir N9, Pusat Hubungan Antarabangsa (UKM Global) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bersamaan 25 Safar 1447H.
Sesi bacaan yasin, tahlil & doa selamat pada hari ini telah diketuai oleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar.
Turut hadir bersama untuk mengimarahkan program ini, Pendaftar UKM, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud dan Presiden PERTADI, Cik Lily Khairiah Kadaruddin.