Anugerah PERTADI 2025
Pencalonan boleh dibuat bagi Anugerah-anugerah seperti berikut:
- Anugerah Tokoh PERTADI
- Anugerah Tokoh Terbilang PERTADI
- Anugerah Tokoh Harapan PERTADI
- Anugerah PERTADI (Sukan & Rekreasi)
- Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains dan Teknologi)
- Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains Sosial)
- Anugerah PERTADI (Khidmat Komuniti dan Kesukarelawan)
- Anugerah PERTADI (Penulisan Sains dan Teknologi)
- Anugerah PERTADI (Penulisan Sains Sosial)
- Anugerah PERTADI (Tadbir Urus Kreatif dan Inovasi)
- Anugerah PERTADI (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
Anugerah PERTADI diwujudkan untuk mengiktiraf dan menyuntik motivasi kepada ahli PERTADI agar turut bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan UKM dalam pelbagai bidang. Pemenang bagi anugerah-anugerah ini akan dicalonkan ke Anugerah Pentadbir Universiti Awam anjuran Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI). Maklumat pencalonan adalah seperti berikut:
- Borang pencalonan boleh dimuat turun di https://www.ukm.my/anugerahpertadi/index.php
- Tarikh tutup pencalonan: 24 April 2026 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Encik Amiri Bin Mustaffa
Naib Presiden II PERTADI Sesi 2025-2027
Emel: amiri@ukm.edu.my
Telefon: 03-8911 8272
Sekian, perhatian dan kerjasama semua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.
Salam hormat
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas, Universiti Kebangsaan Malaysia