Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejarah

Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas atau ringkasnya PERTADI, UKM telah dirasmikan penubuhannya oleh Y.B. Tan Sri Dr. Anuwar bin Mahmud, Naib Canselor UKM pada 15 Ogos 1977. Majlis diadakan di Bilik Senat, UKM yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan UKM, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan.