PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK PERTADI DENGAN KERJASAMA PTj DI BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA)

Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PERTADI) UKM telah bekerjasama dengan PTj di Bangunan Pusat Pengurusan Akademik (PPA) untuk mengadakan program agihan bubur lambuk pada 26 Mac 2024 (Selasa) dari 7.30 pagi – 12.30 tengah hari. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia.
PERTADI UKM juga ingin merakamkan kepada semua sukarelawan yang meluangkan masa dan tenaga dalam usaha untuk menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk. Semoga sumbangan kecil yang besar rahmatnya ini membawa seribu kemanisan kepada semua warga UKM yang berpuasa.