PROGRAM GOTONG ROYONG BLUEPRINT KEBERSIHAN BUKIT BINTANG ‘JOM BERSIH BUKIT BINTANG 20’ LOCAL AGENDA 21 KUALA LUMPUR (LA21KL)

 

Jawatankuasa Kerja Persekitaran Bukit Bintang Local Agenda 21 Kuala Lumpur mengadakan program tersebut pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) mulai 7.00 pagi – 1.00 tengah hari di Plaza Low Yat Boulevard, Bukit Bintang Central, Kuala Lumpur. Program Gotong Royong Blueprint Kebersihan Bukit Bintang ‘Jom Bersih Bukit Bintang 20’ ini adalah acara tahunan dan diadakan secara berkala iaitu 2 kali setahun di Bukit Bintang sejak tahun 2012 dan kali ini merupakan kali ke-20.
Program gotong-royong tersebut dikendalikan oleh Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang Central dengan kerjasama DBKL, Alam Flora, NGO, serta komuniti setempat yang terdiri daripada badan korporat, hotel penjaja setempat dan peniaga kecil. Penyertaan program ini seramai 1000 orang peserta dan akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Seramai 20 Ahli PERTADI UKM turut bersama-sama menjayakan program ini dalam usaha memberi pendedahan kepada kepentingan kebersihan dalam membantu menangani isu-isu alam sekitar.

Anjuran :

  1. Jawatankuasa Kerja Persekitaran Bukit Bintang Local Agenda 21 Kuala Lumpur
  2. Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL)
  3. Alam Flora Malaysia

Keterlibatan :

  1.  KETUA EXCO SUKAN & REKREASI
  2.  AHLI PERTADI