SESI PERKONGSIAN MANTAN P&P SOHOR UKM | Siri 1: Bedah Buku Rampai Sari di Persada Ilmuwan

 
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) UKM telah berjaya menganjurkan Sesi Perkongsian Mantan P&P Sohor UKM (Siri 1 – Bedah Buku Rampai Sari di Persada Ilmuwan) pada 4 MAC 2024 (Isnin) yang disampaikan oleh Mantan Pendaftar UKM, Tuan Haji Abd Razak Hussin. Sesi perkongsian ini diadakan secara bersemuka di Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM dan juga diadakan secara langsung dalam talian melalui pautan Zoom dan Facebook UKM.
Turut hadir serta dalam sesi perkongsian ini Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI), Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan dan Cik Lily Khairiah, Timbalan Presiden PERTADI. Tujuan utama sesi perkongsian ini dianjurkan adalah untuk memberi motivasi dan ilmu berguna kepada P&P Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai pentadbiran dan pengurusan sebuah universiti penyelidikan serta bertepatan dengan komponen Bakat (Talent) yang terdapat pada nilai T.E.R.A.S, 5 ciri Kebitaraan dan 25 ciri Prakarsa UKM.
Sesi perkongsian ini telah mendapat sambutan baik dari warga UKM dan memberikan banyak pengetahuan menelusuri sejarah pentadbiran di UKM yang telah berjaya mengukir kejayaan sehingga kini. Di samping itu, sesi perkongsian ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepentingan membudayakan ilmu terhadap semua lapisan warga universiti, meningkatkan kefahaman dan kompetensi pegawai setelah penerokaan pengalaman dan perkongsian digarap dengan sempurna. Selain itu, program ini merupakan usaha menghargai dan meneruskan rantaian hubungan antara warga yang masih berkhidmat dengan mantan UKM.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada PERTADI UKM yang telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat ini.
“Bersama Tingkatkan Mutu, Pentadbir Bersatu, Pengurusan Padu”